Lek Lu

Monday 10 October 2016

3 Manfaat Kunyah Chewing Gum

image

Imej dari irishtimes.com

Masa tengah bosan, kunyah chewing memang layan.

Tahukah anda dengan mengunyah chewing gum, dipercayai dapat meningkatkan keyakinan dalam diri dan dalam masa yang sama boleh mengurangkan rasa gelisah. 

Menurut kajian medicaldaily.com, terdapat 3 manfaat dari mengunyah chewing gum:

1. Kesihatan Mental

Dengan menguyah gula-gula getah ianya boleh meningkatkan kesihatan otak. Ketika anda mengunyah gula-gula getah, proses penyampaian informasi dan mencerna informasi akan lebih cepat.

2. Memudahkan Proses Pencernaan 

Untuk mempercepatkan proses pencernaan, anda boleh cuba gula-gula getah mengandungi yang Xylitol. Pengeluaran air liur akan meningkat dan menambahkan jumlah asid dalam perut sehingga membuatkan makanan lebih mudah dicerna.

3. Kesihatan Gigi

Kajian kesihatan menunjukkan bahawa mengunyah gula-gula getah tanpap gula selama 20 minit akan membantu mencegah kerosakan gigi. Ini bukan bererti dengan mengunyah gula-gula getah anda tak perlu gosok gigi tau.

Lepas makan chewing gum tu jangan pula buang merata-rata.

No comments:
Write comments