Lek Lu

Wednesday 30 March 2016

SEMPAT BERSELFIE DENGAN PERAMPAS PESAWAT EGYPTAIR

Gambar Benjamin Innes (kanan) bersama perampas pesawat EgyptAir MS181.

LARNACA - Gambar selfie seorang lelaki warga Britain bersama perampas pesawat EgyptAir MS181, tersebar di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Benjamin Innes, warga Britain berusia 26 tahun, berasal dari Leeds, tetapi menetap di Aberdeen, antara penumpang yang ditahan bersama 56 penumpang pesawat EgyptAir yang lain.

Difahamkan Mustafa yang berdepan masalah peribadi dengan bekas isterinya, warga Greece-Cyprus dan menetap di Larnaca, mendorongnya merampas pesawat itu.

Lapor Daily Mail, Innes dipercayai mendekati Mustafa ketika ditahan sebagai tebusan dan menghantar gambar itu kepada teman serumah dan juga rakan lain.

"Saya tak tahu kenapa dia merakam selfie itu, tapi saya rasa mungkin dia memang tidak takut atau tidak malu dengan apapun," kata rakan Innes, Chris Tundogan kepada MailOnline.

Media Sosial hangat memperkatakan mengenai gambar itu dan beberapa pengguna Twitter mengatakan lelaki British itu berani merakam selfie berbahaya. - SUMBER

No comments:
Write comments