Lek Lu

Monday 28 March 2016

Pertemuan ‘Bayi’ Yang Diselamatkan Dalam Tragedi Highland Tower Bersama Penyelamatnya!

KUALA LUMPUR: Televisyen TV3 pada hari ini telah mengadakan satu program di Sri Pentas apabila pihak TV3 menjemput dua orang mangsa runtuhan Highland Tower  tahun 1993 bertemu dengan seorang pegawai bomba yang telah menyelamatkan mereka daripada kejadian Highland Tower pagi tadi.


Nur Hamidah Nadjib, 23 tahun yang ditemani ibunya, Umi Rasyidah Khoiruman,43 tahun tidak dapat menahan emosi apabila ditemukan dengan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan.
Ketika ditanya oleh pengacara adakah dia (Nur Hamidah) sudah bersedia untuk berjumpa dengan penyelamatnya dan apakan perasaannya, Hamidah menjawab bahawa dia sudah bersedia dan berasa sangat teruja dan gembira untuk bertemu dengan pegawai bomba yang telah menyelamatkannya dalam runtuhan Highland Tower itu.

“Mida sudah bersedia untuk bertemu dengan penyelamat Mida, pegawai bomba dan anggota polis yang membantu Mida pada kejadian tersebut,”katanya.

Dia yang dalam program tersebut tidak putus-putus mengulangi ucapan terima kasih kepada Allah S.W.T kerana menyelamatkan dirinya melalui Tan Sri Zaman Khan. Ibu Mida, Umi Rasyidah juga turut mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Zaman Khan dan semua rakyat Malaysia kerana menyelamatkan dirinya dan anaknya itu. Menurut Umi lagi, mereka pernah cuba untuk bertemu dengan penyelamat mereka, namun masih gagal sehinggalah ke hari ini. 

Ketika Tan Sri Zaman Khan mulai memasuki ke ruangan program tersebut, suasana mulai sebak dan pilu apabila kedua-dua anak-beranak tersebut mulai menangis sambil Tan Sri Zaman Khan cuba berbual-buat mesra bersama mereka berdua.

“Saya dah usaha untuk bertemu dengan mereka sejak dulu lagi..kini barulah diizinkan oleh Allah. Saya harap pertemuan ini akan jadi titik permulaan kepada hubungan yang sudah terjalin secara langsung dalam tragedi 23 tahun yang lalu,”kata Tan Sri Zaman Khan.


Pertemuan antara Nur Hamidah dan ibunya yang berasal daripada Indonesia dengan Tan Sri Zaman Khan dirasakan sangat cepat berlalu apabila terkenangkan peristiwa Highland Tower yang berlaku ketika Nur Hamidah baru berusia setahun sehinggalah dia berusia 23 tahun kini. Ketika kejadian Highland Tower tersebut, Hamidah dan ibunya berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam runtuhan berkenaan. 


Selepas temu bual tersebut, Umi dan Hamidah bertemu dengan anggota dan pegawai bomba yang lain yang menyelamatkan mereka berdua termasuklah Penguasa Kanan Bomba II Norizan Saad yang terbabit dalam operasi menyelamatkan mangsa Highland Tower 23 tahun yang lalu.


*Gambar daripada TV3 Online

No comments:
Write comments