Lek Lu

Monday 28 March 2016

10 Tugas Suami Bila Isteri Jatuh Sakit

Kami yakin pasti ramai suami yang sangat risau apa yang perlu dilakukan apabila isteri anda sakit. Lebih-lebih lagi anda bukanlah jenis yang pernah membantu kerja rumah bersama isteri anda, pasti anda akan berasa sangat gundah gulana bagaimana ingin menjaga isteri anda yang sedang sakit.
Jangan risau! Kami akan kongsikan 10 tugas yang anda perlu lakukan untuk menjaga isteri anda dan memastikan dia sihat sepenuhnya!

1. JANGAN PANIK


Pertama sekali, jangan panik. Bertenang dan ambil masa untuk berfikir. Apa yang anda perlu hanyalah sebatang pen dan sekeping kertas. Kemudian anda catatkan apakah tugas yang anda perlu buat. Ingatlah tugasan harian isteri anda, kemudian senaraikan. Daripada mula bangun dari tidur, sehingga dia tidur pada waktu malam. Anda boleh mulakan dengan memasak pada waktu pagi, basuh baju, mengemas rumah, menyapu dan sebagainya. Kunci utama hanyalah bertenang!

2. UBAH CARA MAKAN


Nasihat isteri anda supaya menukar gaya pemakanannya. Jika sebelum ini isteri anda gemar memakan makanan yang tidak sihat seperi fastfood, maka nasihatlah supaya isteri anda mengamalkan pemakanan yang sihat. Pilihlah nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan yang mampu memberikan kesembuhan kepada isteri anda.

3. BERSIHKAN RUMAH


Jangan lupa untuk membersihkan rumah anda. Sapu, kemudian mop lantai. Jika anda rajin anda juga boleh mengelap habuk pada perabot rumah anda. Tetapi pastikan keadaan tidak basah supaya tiada orang yang tergelincir nanti. Jangan anda pula orang kedua yang ke hospital nanti!

4. CUCI PAKAIAN, PINGGAN

http://kisahdunia.com/wp-content/uploads/2016/03/1903548-young-man-washing-dishes-in-the-kitchen-home-work-200x300.jpg

Jangan lupa untuk cuci pakaian dan menjemur pakaian pada waktu pagi. Petang pula anda perlu mengangkat pakaian dan melipat pakaian tersebut. Pastikan setiap kali makan sinki anda bersih. Basuh semua pinggan, cawan dan periuk belanga untuk mengelakkan kehadiran haiwan perosak seperti tikus, cicak dan lipas.

5. HIBURKAN ISTERI ANDA

http://kisahdunia.com/wp-content/uploads/2016/03/top-10-romantic-movies-to-watch-with-your-sweetheart-300x185.jpg

Anda boleh meluangkan masa menonton movie bersama isteri anda. Kongsikan masa ini supaya isteri anda lebih gembira dan cepat pulih!

6. ISTIREHAT

http://kisahdunia.com/wp-content/uploads/2016/03/flu-sleep-300x150.jpg

Pastikan anda menasihati isteri anda supaya sentiasa rehat supaya isteri anda cepat sembuh. Elakkan isteri anda melakukan tugasan rumah yang meletihkan dan berat. 

7. MAKAN UBAT

http://kisahdunia.com/wp-content/uploads/2016/03/stock-photo-38317756-senior-man-helping-wife-in-wheelchair-with-medication-200x300.jpg

Seperti anda, isteri anda juga mungkin tidak suka makan ubat. Nasihatlah isteri anda untuk memakan ubat pada waktunya. Pastikan jika isteri anda mempunyai ubat antibiotik, dia menghabiskan ubat tersebut seperti preskripsi doktor.

8. PESAN MINUM AIR

http://kisahdunia.com/wp-content/uploads/2016/03/42164344-Husband-Bringing-Sick-Wife-Hot-Drink-In-Bed-At-Home-Stock-Photo-300x200.jpg

Pastikan isteri anda minum 2 liter air suam sehari memandangkan cuaca sekarang sangat panas. Cuba elakkan minuman bergula. Jika isteri anda teringin, apa kata anda buatkan jus buah tembikai, jus buah oren, jus buah epal. Pasti lebih sedap dan berkhasiat!

9. TIDUR BERSAMA

http://kisahdunia.com/wp-content/uploads/2016/03/7189766-Loving-husband-caring-for-sick-wife-in-bed-Stock-Photo-kissing-200x300.jpg

Tidurlah bersama isteri anda supaya dia merasa lebih dicintai dan ini boleh mempercepatkan proses penyembuhan dia. Tetapi jika isteri anda menghidap penyakit berjangkit seperti batuk dan selesema, lebih baik anda tidur sahaja di luar tamu.

10. RINGAN TULANG

http://kisahdunia.com/wp-content/uploads/2016/03/leaving-sick-spouse-300x215.jpg


Ketika anda sakit, ringankan tulang memenuhi permintaan isteri anda. Ketika isteri anda sihat dia membantu anda, apa kata sewaktu dia sakit anda pula membantunya? Hutang budi dibalas budi bukan.
Semoga bermanfaat dan jagalah isteri anda dengan baik!


No comments:
Write comments