Lek Lu

Wednesday 30 March 2016

SITI NURHALIZA JUAL BAJU 'PRELOVED' MILIKNYA SERENDAH RM100

Antara pakaian yang dijual Siti Nurhaliza menerusi laman Instagram khas.

BAGI yang ingin bergaya persis penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza, barangkali ini adalah peluang yang terbaik.


Ini kerana penyanyi kelahiran Pahang itu mengambil keputusan menjual lebih 50 helai pakaian miliknya yang pernah digayakan pada majlis-majlis hiburan.

Menurut Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 37, dia menjual pakaian tersebut secara berperingkat sejak dua minggu lalu menerusi akaun Instagram khas iaitu @prelovedctdk11.



Jelasnya, penjualan pakaian ‘preloved‘ miliknya itu dibuat kerana mahu menyusun semula bilik persalinannya dengan koleksi pakaian terbaharu.

“Saya sifatkan ini adalah jualan, bukan lelongan sebab itulah saya muat naik di Instagram. Penjualan ini terbuka kepada sesiapa yang berminat.

“Saya juga mengakui perlu mengasingkan baju yang masih saya pakai dan yang sudah tidak dipakai untuk mengatur semula bilik pakaian saya.

“Kerjaya saya ini (sebagai penyanyi) akan membuatkan pakaian yang dipakai selalu berganti dan saya perlu ruang untuk baju-baju yang baru,” ujarnya kepada mStar Online.



Selain itu, Siti memberitahu, kebanyakan baju yang dijual masih berada dalam keadaan baik dan hanya dipakai sekali atau dua pada majlis-majlis tertentu.

Pakaian tersebut dijual dengan harga paling berpatutan serendah RM100.

Antara jenama pakaian yang dijual ialah daripada pereka fesyen Ezuwan Ismail, Michael Ong, Rizman Ruzaini dan Bernard Chandran. – SUMBER

No comments:
Write comments