Lek Lu

Monday 28 March 2016

“Takkan Saya Nak Kena Pakai Telekung Pula”


Selepas bergambar separuh bogel didalam kolam renang baru-baru ini dan dikecam sesetengah pihak di laman sosial, Zul Ariffin tampil mempertahankan tindakannya itu kerana ia dikatakan bersesuaian dengan tema majalah terbabit.

“Itu adalah sesi bergambar untuk majalah kesihatan. Jadi apa masalahnya. Itu adalah majalah kesihatan. Takkanlah saya hendak pakai telekung pula,” jelasnya kepada Utusan Online terhadap perkara tersebut.
Walaupun tindakan itu dilihat sebagai tindakan yang wajar oleh Zul Ariffin, namun begitu ramai yang mengkritik gambar berkenaan sebagai keterlaluan kerana mendedahkan aurat sebagai lelaki Muslim.
Selain itu, ada juga pihak yang mengaitkan gambar itu dengan insiden yang pernah berlaku kepada penyanyi, Faizal Tahir yang pernah di gam kerana membuka baju ketika membuat persembahan.
1- %22Takkan Saya Nak Kena Pakai Telekung Pula%22 -jpeg 2- %22Takkan Saya Nak Kena Pakai Telekung Pula%22 -jpeg 3- %22Takkan Saya Nak Kena Pakai Telekung Pula%22 -jpeg
4- %22Takkan Saya Nak Kena Pakai Telekung Pula%22 -jpeg 5- %22Takkan Saya Nak Kena Pakai Telekung Pula%22 -jpeg 6- %22Takkan Saya Nak Kena Pakai Telekung Pula%22 -jpeg


sumber

No comments:
Write comments