Lek Lu

Wednesday 30 March 2016

PELANCONG ARAB DITUMBUK & DISAMUN PEMANDU TEKSI

Gambar dari Harian Metro

KUALA LUMPUR - Baru nak menghulur duit bayaran tambang, namun mangsa diberikan penumbuk oleh seorang pemandu teksi, kelmarin, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 2 petang kelmarin, pelancong warga Arab Saudi berusia 30 tahun itu dikatakan menaiki teksi dari Bukit Bintang sebelum berhenti di Jalan P. Ramlee.

Sampai di destinasi, mangsa mahu membayar tambang tetapi diacu dengan pisau oleh pemandu teksi berusia 53 tahun itu sebelum diserang dan disamun.

Pemandu teksi itu kemudiannya merampas wang tunai RM500 dan meninggalkan mangsa dalam keadaan lemah di tepi jalan sebelum melarikan diri.

Bertindak hasil laporan polis yang dibuat oleh mangsa, polis kemudian menjalankan operasi memburu suspek.

"Suspek ditahan jam 11 malam pada hari yang sama di hadapan sebuah kelab malam di Jalan P. Ramlee. Suspek ditahan selepas berada dalam keadaan mencurigakan sebelum pemeriksaan dijalankan," kata jurucakap IPD Dang Wangi.

Teksi suspek dirampas dan suspek direman untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

No comments:
Write comments