Lek Lu

Monday 28 March 2016

Mahkamah Sahkan Perkahwinan Adira Dan Dato Red Ikut Syarak

Selepas mengemukakan beberapa bukti pernikahan mereka di Thailand, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini mengesahkan perkahwinan Adira dan suaminya Datuk Seri Adenan Abu ataupun lebih dikenali sebagai Dato Red adalah mengikut hukum syarak.


Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab selepas meniliti setiap dokumen dan bukti yang diberikan oleh pasangan tersebut kepadanya.
Mahkamah pada masa yang sama memerintahkan Adira dan Dato Red untuk mendaftar perkahwinan mereka di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Adira dan Dato Red diwakili peguam syarie Irsamuddin Ikhsan yang memfailkan permohonan pengesahan pernikahan secara berpoligami di luar negara di Mahkamah Tinggi Syariah.
Sebelum ini perkahwinan Adira dan Dato Red mencetuskan kontroversi kerana berkahwin selepas dilamar melalui telefon selepas 3 minggu berkenalan. Lebih-lebih lagi timbul dakwaan bahawa isteri pertama Dato Red tidak merestui perkahwinan tersebut sehingga mereka bernikah di Songkhla, Thailand.




No comments:
Write comments