Oleh: Aimi Nordin Sumber: Wanista
Tips kecantikan kalau nak ikutkan memang banyak sangat. Kita cuma perlu tahu apa yang berkhasiat untuk kulit dan kelebihan yang ada pada sesuatu bahan tersebut. Contohnya seperti timun, tomato dan aloe zera. Tapi ada satu khasiat untuk kulit yang mungkin tak ramai tahu iaitu ais bunga!
Khasiat ais
1. Boleh membantu melancarkan peredaran darah pada kulit muka dan akan kelihatan bercahaya secara semulajadi
2. Membantu mengurangkan noda pada muka dan radang serta kemerahan jerawat.
3. Boleh kurangkan lingkaran gelap bawah mata
4. Boleh kecilkan pori-pori sebelum memakai make up
5. Menghalang kedutan wajah
Cara nak buat kiub ais bunga ni senang je macam buat kiub ais kat rumah cuma gunakan bahan seperti air mawar, rose essential oil, kelopak bunga dan air yang telah dididih selama 2-3 minit.
No comments:
Write comments