Sunday, 25 September 2016
Penganjur tampil jawab isu kes isu maut nahas go-kart, inilah jawapan penganjur yang mengejutkkan
Pengarah Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMRACE), Prof Madya Dr Aminudin Abu memberitahu lokasi kejadian adalah kawasan larangan yang tidak membenarkan penonton berada di sekitar lokasi.
“Kawasan ini (lokasi kejadian) kita telah letak anggota Rela dan kon sebab kawasan ini adalah tempat perlumbaan.
“Untuk penonton mereka perlu berada di stadium Sukpa dan kita juga telah maklumkan mengenai perkara itu tetapi kita tidak boleh jangka dan tidak sangka mereka (penonton) masuk juga ke situ,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.
EIMRACE 2016 yang masuk tahun kesembilan penganjurannya adalah program anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di bawah fakulti Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang.
Mula dianjurkan pada 2009, kejohanan peringkat kebangsaan itu terbuka kepada institusi pendidikan dalam negara untuk membuka ruang dan peluang serta sebagai landasan kepada mahasiswa untuk mempraktik ilmu dan inovasi dalam mereka bentuk dan menguji kenderaan bermotor ciptaan masing-masing selaras dengan hasrat kerajaan dalam memperkasakan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Seperti penganjuran sebelum ini, dua kategori tetap dipertandingkan iaitu enjin 131cc dan 250cc.
Aminudin berkata, pihaknya menempatkan seramai 25 orang Rela untuk mengawal di sepanjang 2.2 kilometer kawasan perlumbaan.
Beliau dalam pada itu berkata, sejak dianjurkan,ia adalah kejadian kali pertama meragut nyawa.
“Kita simpati dengan keluarga mangsa, UTM dan kerajaan negeri merasa sedih dengan apa yang berlaku.
“Ekoran kejadian ini, pihak penganjur atas nasihat juri serta syarat-syarat perlumbaan, kita telah membatalkan pertandingan ini,” katanya
.
Menurutnya pihaknya juga selepas ini tidak akan menggunakan kawasan litar terbuka untuk penganjuran Eimarace akan datang.
Sumber: kekitamedianetwork
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Write commentsAsa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
ReplyDeletepengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.