Terlalu banyak lalat di rumah boleh buat kita rasa tak selesa. Yelah, lalat jenis yang suka singgah kat sampah dan tempat-tempat kotor yang lain.
Dah lah kotor, suka pula hurung makanan kat dapur tu. Kesannya kesihatan anda sekeluarga akan terganggu.
Ni kami ada beberapa petua bagi mengelakkan dari lalat dari berleluasa di dapur anda:
1. Ambil bunga cengkih dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari dapur anda.
2. Ambil daun kari dan kibaskan pada lalat yang berterbangan di dapur anda. Kemudian letakkan daun kari dalam gelas yang berisi air di sudut meja makan. Cara ini dapat menghalau lalat yang suka hinggap di meja makan anda.
3. Ambil beberapa tangkai daun belimbing dan kibaskan pada lalat yang berada di atas meja makan anda.
4. Ambil beberapa batang lilin dan nyalakan ia. Letakkan lilin tersebut berhampiran hidangan anda. Sila pastikan lilin itu diletakkan di tempat yang selamat, sebaik-baiknya di dalam tin kosong.
Selamat mencuba!
Sumber: CARI
No comments:
Write comments