Lek Lu

Saturday, 17 September 2016

Selesa Dan Enggan Pindah, 54 Tahun Pasangan Suami Isteri Ini Hidup Dalam Gua

4

Oleh Feyra Nasrom.  Sumber Shanghaist

Gara-gara tidak mampu memiliki rumah sendiri, pasangan suami isteri dari China, Liang Zifu 81 dan isterinya Li Suying 77 memilih untuk menetap di sebuah gua selepas 3 tahun mereka berkahwin.

Gua tersebut diubah menjadi seperti rumah dengan mempunyai 3 bilik tidur, dapur dan juga ruang tamu. Sebelum ini, terdapat 3 keluarga yang turut menetap di gua berkenaan sebelum mereka berpindah dan kini hanya tinggal Liang dan Suying di gua tersebut.

Walaupun sudah dipujuk oleh pihak kerajaan. Pasangan ini tetap tidak mahu keluar dari gua tersebut dan mereka menyifatkan gua itu merupakan kediaman yang sangat selesa.

Pasangan ini mempunyai anak dan masing-masing sudah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri.

Untuk menampung kehidupan di gua, Liang menjual sayur-sayuran dan masih mampu untuk menjalani kehidupan seperti orang lain.

Kisah hidup dua pasangan ini jadi sebutan netizen di laman sosial dan ramai yang khuatir dengan kesihatan kedua suami isteri ini memandangkan mereka sudah berumur.

1

2

3

No comments:
Write comments