Lek Lu

Monday, 26 September 2016

Masih Ingat Dengan Kehilangan 7 murid orang asli di hutan belentara..Akhirnya Mirsudiar Dan Norieen Buat Pengakuan Semasa Hilang Dalam Hutan Yang Amat MENGEJUTKAN !


Murid Orang Asli, Mirsudiar & Norieen di bantu oleh TENGROG? : Kehilngan 7 murid orang asli yang hilang di hutan belentara di Gua Musang memang mengejutkan semua pihak.

Setelah 48 hari pencarian, akhirnya Mirsudiar,11, dan Norieen, 10, ditemui selewat walaupun mereka berada dalam keadaan tidak bermaya.

Bagaimanapun, misterinya ialah bagaimana kedua murid tersebut boleh “SURVIVE” tanpa keperluan asas makanan bersih dalam tempoh yang begitu lama.

Berdasarkan pemanduan pelancong yang bertanggungjawab di kawasan gua dan gunung, seseorang yang sesat dan tidak mempunyai kepakaran tentang hutan dan hanya dapat betahan hampir 20 hari sahaja, jesteru menimbulkan tanda tanya bagaimana Mirsudiar, 11 dan Norieen, 10, boleh bertahan selama 48 hari.

Menurut laporan dari Mingguan Malaysia, kebanyakan penduduk di sekitar kawasan Pos Tohoi berkata mereka percaya dua kanak-kanak itu mampu bertahan di hutan belentara kerana mendapat bantuan dari makhluk halus yang mendiami kawasan itu.

Seorang penduduk dari Pos Tohoi, Alex Long, 54, berkata makhluk itu memang wujud dan antara tempat-tempat yang digemari oleh makhluk itu adalah pokok tualang, pokok merbau, atau gua-gua yang terdapat di daerah ini.

Menurut beliau, masyarakat Orang Asli suku Temiar, makhluk yang mendiami hutan berkenn digelar sebagai “TENROG” atau atau dalam bahasa melayu dikenali sebagai “BUNIAN”.

“Di sini, Gua Peraling paling dekat, jika berjalan kaki, hanya ambil masa 10 minit sahaja dari penempatan kami. Gua ini ada penghuninya tetapi kami percaya mereka tidak buat kacau jika tidak diganggu.

“Mirsudiar dan Norieen mampu bertahan hidup lma mungkin kerana dibantu penghuni hutan itu. Mengikut kepercayaan kami, penghuni hutan memang suka berkawan dengn kanak-kanak,” katnya memetik laporan itu.

Sementara itu, Jemi Angah, 40, menceritakan pengalaman di mana ada seorang raakan pernah sesat selma 18 jam di hutan berhmpiran Gua Peraling.

“Kami seolah-olah berlegar-legar di tempat yang sama sedangkan kawasan itu sering dilalui sebelum ini. Kami hampir berputus asa kerana kepenatan. Selepas saya minta penghuni hutan bantu, barulah kami terjumpa jalan keluar ke kampung,” katanya.

Tambah Jemi, masyarakatnya juga percaya ada pantang larang yang perlu dipatuhi jika manusia mahu menjejak kaki ke kawasan hutan.

Sekiranya gagal menatuhi pantang larang, penghuni hutan akan marah sehinggah mengundang kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Pantang larang paling utaa jangan bercakap besar dan tinggalkan barang-barang kotor seperti tuala wanita dalam hutan. Selain itu, sebelum masuk hutan, minta kebenaran dulu,” katanya.

Artikel: Penyelamat Dedah Perasaan Misteri Ketika Penemuan Murid Orang Asli.

Seorang lalaki yang banyak terlibat dalam proses menyelamat, Angah Chaki, 40, berkata kanak-kanak itu mungkin disembunyi oleh kuasa ghaib “TENROG” berikutan tiada jejak yang ditemui.

“TENROG” ini dalam bahasa Melayu disebut “BUNIAN”. Ini merupakan kali pertama tujuh kanak-kanak hilang begitu sahaja tanpa jejak,” katanya.

Angah juga turut menceritakan satu kes yng pernah berlaku kepada lelki Orang Asli yang tersesat selama dua bulan di dalam hutan.

“Apabila dijumpai, Mulut mangsa mempunyai kesan tanah dan kita percaya semasa hilang itu dia diberi makan tanah dan daun-daun oleh bunin, ” katanya.

Sebelum ini, salah seorng dari kanak-kanak yang ditemui selamat dan berkata merea diberi makan oleh “seseorang” dalam tempoh mereka tersesat di dalam hutan.

Sumber: ohdunia2016

1 comment:
Write comments
  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete