Lek Lu

Friday, 23 September 2016

‘saya pecah masuk rumah ini cuma nak tumpang solat’




1.png

Tidak pasti lelaki ini mental atau mempelajari ajaran sesat sehingga dia begitu berani menceroboh rumah sewa yang dihuni oleh beberapa wanita ini.

Alasan ‘tumpang solat’ sungguh tidak masuk akal. Malah lelaki itu berani datang semula ke rumah itu pada jam 12.50 pagi dan masuk ke rumah itu seperti rumahnya sendiri.

Baca perkongsian dari Jamilah Zubir, seram sejuk rasanya.
Khamis yang lalu, selepas habis kerja, saya pulang ke rumah keluarga terus. Housemates yang lain seperti biasa pulang ke rumah waktu yang biasa kami sampai setiap hari selepas bekerja.
Sampai saja housemates di rumah, nak park kereta so buka auto gate. Tengok hose bersepah di car porch (lantai basah). Kemudian dia keluar dari kereta sekejap untuk mengalihkan hose itu.
Tiba-tiba datang seorang lelaki yang tidak dikenali memaksa dia mengambil sejadah putih dari dia. Housemates dah cuak dan terpaksa ambil. Kemudian lelaki itu berlalu pergi.
Bila housemates nak masuk rumah, tengok-tengok pintu utama sudah memang terbuka dan di dalam rumah ada beberapa lampu menyala, beberapa surat tuan rumah terbuka dan langsir disisir.

LAPOR POLIS
Jam 8 malam, polis sampai dan buat pengesahan jika ada kehilangan barang atau tidak.
Setengah jam kemudian, housemates seramai empat orang pergi membuat laporan polis di balai.
11.50 malam, selesai urusan di balai. Polis datang ke rumah untuk membuat pemeriksaan.
12.15 tengah malam, Kak Zati dan suaminya (agent yang jaga rumah) datang untuk melihat kerosakkan di pintu utama.

35 minit kemudian, lelaki itu datang semula dan berdiri di pintu utama, beri salam. Dia terus masuk ke ruang tamu dan housemates yang tengah duduk di ruang tamu terus menjerit dan lari ke Kak Zati di dapur.

“Eh kenapa lari? Macam nampak hantu,” katanya sambil ketawa kecil.

Kau rasa?

Kak Zati dengan tenangnya pergi mendekati lelaki itu, ajak berbual untuk tarik perhatian dia sambil berjalan keluar. Sementar itu yang lain menghubungi pihak polis.

Menurut lelaki itu, dia tahu yang dia salah kerana pecah masuk ke rumah ini. Namun dia hanya mahu tumpang sembahyang sahaja. Dan dia juga memberitahu yang dia berjaya merentap pintu rumah sebab diri dia pada waktu itu ibarat ada tenaga 100 orang manusia.

Hari kedua pun dia masih berada di sekeliling rumah sebab rumah dia berdekatan di sini saja.
Ada video dan audio creepy dia yang bercakap tentang ilmu-ilmuy dia. Seram! Nak pindah!

1.jpg

2.jpg

3.jpg

4.jpg

5.jpg

6.jpg


7.jpg

8.jpg

9.jpg

10.jpg

Bagaimanapun, video dan audio tersebut tidak dimuat naik oleh Jamilah. Lelaki terbabit juga telah ditahan polis.

Golongan wanita dinasihatkan sentiasa berhati-hati. Pastikan keadaan selamat sebelum masuk ke rumah. Jika ternampak pintu utama mencurigakan, minta bantuan dari rakan-rakan yang lain. Jika ternampak kelibat lelaki yang mencuriga, segera maklumkan kepada jiran atau pihak berkuasa. – The Reporter


Sumber: pixelperfext

No comments:
Write comments