Lek Lu

Wednesday, 21 September 2016

Wanita Ini Tahu Berlari Tapi Tak Pandai Berjalan

Screen Shot 2016-09-21 at 5.25.18 PM 

Oleh Feyra Nasrom  Dailymail

Pelik tapi benar, kami sendiri pun pelik dengan kejadian ini. Mana tidaknya, secara tiba-tiba, bangun sahaja dari tidur, seorang wanita tidak dapat berjalan seperti biasa malah dia lupa bagaimana untuk melangkah memulakan pergerakan kakinya. Apa yang pelik, wanita ini lupa cara berjalan tetapi tahu untuk berlari.

Miranda Licence yang berasal dari Australia pelik setelah mendapati tangan dan kakinya tidak boleh berjalan seperti biasa selepas bangun dari tidur petang.

Licence dengan segera dikejarkan ke hospital  dan selepas menjalani rawatan fisioterapi, doktor mengesahkan Licence mampu untuk berlari dan berjalan, tetapi berjalan ke arah belakang bukan ke depan.

“Saya tidak mampu untuk berjalan ke depan, ada sesuatu yang menghalang saya untuk berjalan dengan normal, saya tahu sepatutnya saya boleh berjalan kerana tiada apa-apa masalah dalam otak yang menghalang saya” Kata Licence

Licence terpaksa bertahan selama 6 minggu dengan kejadian itu sebelum dia pulih dengan sepenuhnya dan kembali berjalam seperti biasa.

Walau bagaimanpun, Licence masih pelik dengan perkara yang menimpa dirinya dan menganggap kejadian itu sebagai dugaan dalam hidup.

No comments:
Write comments