SEBELUM ini pelakon Remy Ishak dilaporkan menerima ugutan bunuh oleh seorang wanita berstatus kenamaan dan kini, kediamannya pula menjadi sasaran apabila pihak polis menyerbu rumahnya di Serdang.
Pihak polis membuat serbuan tersebut kira-kira jam 1 pagi setelah menerima aduan terdapat kegiatan dadah dijalankan di dalam rumahnya.
Bagi Remy, dia yakin bahawa dirinya telah dianiaya oleh individu yang sama membuat ugutan bunuh terhadapnya sebelum ini.
“Saya syak aduan ini diterima daripada individu yang mengugut untuk membunuh saya sebelum ini. Sudah lama saya tinggal di situ, tak pernah ada masalah pun. Jadi macam mana timbul isu aduan kegiatan dadah.
“Pihak polis juga mengetahui bahawa keselamatan saya dan keluarga berada dalam keadaan yang sangat membimbangkan.
“Saya tak nak mengulas lebih lagi. Saya berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan segera. Sebelum ini kereta saya hilang, rumah saya juga pernah dipecah masuk.
“Keselamatan saya berada di tahap yang membimbangkan,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.
Walau bagaimanapun, selepas serbuan dilakukan, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohammad Aminuddin mengesahan tidak sebarang unsur jenayah ditemui.
No comments:
Write comments