Lek Lu

Wednesday, 21 September 2016

Suami Menangis Kerana Perbuatan Isterinya. Tapi Kenapa?

Apa yang seorang isteri impikan daripada seorang suami? Mestilah dia menginginkan suami yang susah senang setia bersama dan juga boleh memberikan sokongan moral terhadapnya sewaktu kesulitan.

Suami yang baik adalah suami yang boleh menjadi sahabat baik kepada pasangannya, mampu menemani isterinya sewaktu gembira atau sedih.

Bukan senang untuk menjadi suami yang sedemikian, namun tidak pula mustahil bagi suami untuk memahami kehendak dan perasaan isteri.

Ramai yang menganggap perempuan itu cerewet, susah untuk difahami. Tidak kurang juga mengatakan bahawa golongan wanita ini menyusahkan. Namun tahukah wahai para lelaki bahawa wanita itu boleh jadi sebab kita bahagia jika kena dengan caranya?





Memahami, saling bertolak ansur, tolong menolong, berkongsi cerita dan meluangkan waktu bersama pasangan. InsyaAllah hubungan suami isteri akan berkekalan sampai bila-bila.

No comments:
Write comments