Niantic Lab yang membangunkan Pokemon Go mengesahkan tiada perancangan secara rasmi Pokemon Go akan dilancarkan di wilayah baru terutamanya Asia Tenggara dalam masa terdekat ini selain yang telah diumumkan.
Ini kerana pihak Niantic belum mempunyai tarikh rasmi untuk memperkenalkan permainan tersebut kepada negara lain.
Sehingga kini permainan itu telah diperkenalkan di New Zealand, Australia, Amerika Syarikat, Jerman dan UK.
Buat anda yang ingin mendapatkan notifikasi Pokemon Go sebaik sahaja ia dilancarkan untuk pasaran tempatan, bolehlah daftarkan diri anda di sini Is Pokemon Go Available Yet dan anda akan menerima emel notifikasi sebaik sahaja aplikasi ini dilancarkan.
Sumber: Amanz
No comments:
Write comments