Lek Lu

Sunday, 17 July 2016

Banyak Farmasi Kehabisan Stok Ubat Cacing Kerana Perkongsian Yang Viral Ini

Kecacingan bukanlah satu isu kesihatan yang baru. Penulis masih ingat ketika kecil dipaksa makan ubat cacing dan kemudian melihat sendiri cacing keluar hidup-hidup melalui najis. Ewww…

Seingat penulis, kali terakhir dipaksa makan ubat cacing adalah sekitar 22 tahun yang lalu. Penulis beranggapan masalah kecacingan hanya pada kanak-kanak dan tak perlu lagi risau tentang kecacingan selepas melihat sendiri cacing-cacing keluar hidup-hidup melalui najis.

Sehinggalah penulis ternampak posting di Facebook ini yang di kongsi oleh ramai orang. Barulah penulis tahu yang orang dewasa juga ada menghadapi masalah kecacingan.

Puan Sallyza Mann mengatakan ramai yang bertanya soalan-soalan berikut yang juga merupakan simptom-simptom kecacingan.

– Kenapa saya mengambil apa-apa supplement /vitamin atau jamu tidak nampak kesan kepada saya?
– Kenapa saya sering rasa gatal-gatal di kawasan tertentu, penyakit di hadapi payah sembuh? Kemaluan saya berbau busuk , walaupun sudah beberapa kali berjumpa doktor mendapatkan perawatan dan hilang sekejap tetapi berulang lagi.
– Kenapa saya mudah selalu gastrik / masuk angin dan perut jadi sensitif .Badan tidak bertenaga. Kadang-kadang saya makan sudah terlalu banyak tetapi masih lagi lapar di waktu tengah malam?
– Perut saya buncit berbunyi sesuatu dalamnya.

Dalam posting ini telah di kongsi sebanyak hampir 9000 kali ini, Puan Sallyza Mann berkongsi tanda-tanda seseorang itu kecacingan. Antaranya ialah

  • Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
  • Alahan kulit yang teruk – bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam
  • Gatal sekitar lubang najis (dubur)
  • Alahan terhadap makanan
  • Sakit perut – cirit-birit, kembung, sembelit
  • Anemia – kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
  • Keletihan luar biasa – lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
  • Tiada selera makan, pucat,
  • Kurang berat badan walaupun selera makan ada
  • Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)
  • Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
  • Hiperaktif
  • Sakit kepala
  • Sensitif terhadap cahaya
  • Gusi & hidung berdarah
  • Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)

Ubat cacing sekarang membunuh dan melumatkan cacing sebelum keluar bersama najis. Maka, tidak ada lagi pengalaman tragis dan geli melihat cacing keluar dari punggung sendiri mahupun anak

 

Ambil ubat cacing 6 bulan sekali

Melalui perkongsian ini juga, ada dinyatakan seeloknya ubat cacing diambil 6 bulan sekali sebagai langkah pencegahan. Namun bagi sesetengah kes mungkin perlu ambil lebih kerap bergantung kepada nasihat doktor.

Bagi kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke bawah perlu dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.

Seperkara yang tidak dinyatakan adalah perempuan mengandung tidak boleh mengambil apa-apa jenis ubat cacing. Ini adalah info yang kami dapat dari blog Prosper Farmasi.

Farmasi kehabisan ubat cacing?

Membaca beberapa komen di posting tersebut, ramai yang mengeluh kerana farmasi-farmasi di kawasan mereka kehabisan ubat cacing.

Penulis juga cuba mendapatkan ubat cacing di beberapa farmasi utama sekitar Putrajaya tetapi hampa kerana semuanya kehabisan stok. Seorang ahli farmasi di salah sebuah farmasi yang penulis pergi kata “ubat cacing habis sebab Facebook”.

e


Bagaimanakah Caranya Cacing-Biasa Masuk Ke Dalam Tubuh Kita?

Cacing biasa boleh masuk ke dalam tubuh kita melalui 2 cara yang utama:- pengotoran makan melalui telur cacing- penembusan jejentik melalui kulit kita.

Siapakah Yang Mendapat Jangkitan Cacing Biasa?

Kesan atau akibat jangkitan cacing di antara negeri-negeri berbeza setinggi-tingginya 90% dan serendah-rendahnya 5%. Kesan yang lebih tinggi berkemungkinan berlaku di kawasan pertanian terutama yang meluas dan menggunakan air najis sebagai baja.

Kanak-kanaklah yang selalunya lebih mudah dijangkiti penyakit cacing biasa, kerana dalam usia yang sedang aktif mereka sangat gemar bermain di kawan luar rumah.

Jenis-Jenis Cacing Biasa Yang Merebak

Di malaysia, jangkitan yang paling biasa merebak ialah jangkitan cacing cambuk diikuti oleh cacing gelang, cacing kait, cacing kerawit / cacing benang dan Strongyloides. Cacing cambuk juga adalah salah satu daripada cacing yang sukar dihapuskan.

Oleh kerana keadaan tanah yang membolehkan cacing-cacing biasa ini membiak (kecuali cacing kerawit) adalah serupa, maka dalam masa yang sama seseorang pesakit boleh dijangkiti oleh lebih daripada satu jenis cacing. Oleh sebab itu ubat cacing yang patut dipilih hendaklah ubat yang boleh membunuh kesemua 5 jenis cacing-cacing biasa.

cacing-kerawit

isi-pewot3

 

Apakah Itu Zentel?

Zentel mengandungi Albendazole metil [5-(propithio)-1H-benzimodazol-2-yl] karbarmat, iaitu sejenis sebatian, hasil daripada kajian Smith Kline & French selama 15 tahun.

Bagaimanakah Caranya Zentel Menolong Anda Jika Anda Dijangkiti Cacing Biasa?

– Zentel boleh membunuh cacing cambuk yang sukar dirawat. Bukan semua ubat cacing boleh menghapuskannya.
– Zentel juga boleh membunuh 4 jenis cacing biasa yang lain. Ini bererti anda tidak perlu memakan lebih daripada satu jenis ubat cacing bagi merawat jangkitan kekacingan anda.
– Zentel membunuh kedua-duanya iaitu jejentik dan cacing dewasa. Ubat cacing lainnya hanya boleh membunuh cacing-cacing dewasa sahaja. Oleh itu, jika anda menggunakan ubat-ubat cacing lainnya, anda terpaksa memakan ubat lagi apabila jejentik yang tidak mati cukup waktunya menjadi cacing dewasa. Dengan Zentel anda tidak perlu membuat demikian.
– Zentel telah digunakan dengan jayanya oleh lebih daripada 5 juta pesakit di seluruh dunia. Zentel boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja. Tidak ada aturan berpuasa yang khusus dan tidak perlu ubat pencahar. Ubat cacing lainnya mungkin memerlukan aturan-aturan atau masa makan yang khusus.

Berapa Banyakkah Zentel Yang Harus Saya Makan Dan Berapa Hari Lamanya

–  Jangkitan Cacing Gelang, Cacing Cambuk, Cacing Kait dan Cacing Kerawit:

Bagi orang dewasa dan kanak-kanak berusia dua tahun ke atas : makanlah satu botol 10 ml cecair Zentel (400mg) atau 2 tablet Zentel (400mg kesemuanya). Anda dikehendaki memakan ubat ini hanya sekali sahaja

*Bagi kanak-kanak berumur 12-24 bulan : berikan separuh bahagian daripada dosis orang dewasa.

– Jangkitan Cacing Strongyloides Stercoralis dan Cacing Pita :

Bagi orang dewasa dan kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas makanlah satu botol 10ml cecair Zentel (400mg) atau 2 tablet Zentel (400mg kesemuanya) sehari sekali selama 3 hari berturut-turut.

Tablet Zentel boleh dikunyah dan boleh juga dihancurkan serta boleh dicampurkan dengan makanan.

Siapakah Yang Tidak Seharusnya Makan Zentel?

Wanita yang sudah disahkan atau disyaki hamil dan bayi dibawah 12 bulan dilarang mengambil keluaran ini.

*Cadangan : Dicadangkan mengambil Zentel 2-3 kali setahun supaya bebas dai kecacingan.

 

@via viramon.com

The post Banyak Farmasi Kehabisan Stok Ubat Cacing Kerana Perkongsian Yang Viral Ini appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

No comments:
Write comments