Oleh Ezaura Rafe. Sumber Nurul Diana
Selalunya petua untuk badan yang banyak angin ni orang kaitkan dengan halia. Macam-macam cara nak buang angin dalam badan, petua ini elok untuk lelaki dan wanita semua usia termasuk ibu mengandung, tapi kurangkan halia untuk ibu mengandung ya..
Bahan-bahannya:
1. Susu kotak ( brand apa pun boleh ), kalau nak guna susu pekat tin pun boleh
2. halia ( besar ibu jari ) lebih kurang 3-4cm
halia ni ikut ketahanan tekak , kalau nk kaw dan pedas masuk banyak sikit . kalau setakat 3-4cm tak rasa apa-apa pun tapi tetap berkesan.
Cara-caranya:
Hiris halia nipis-nipis reneh dengan susu hingga mendidih (api perlahan) Sedia untuk minum.
Seelok-eloknya minum ketika susu masih suam, kesannya akan serta merta. Minum bila-bila masa sahaja jika perlu, atau 2-3 kali seminggu.
Selamat mencuba!
No comments:
Write comments