Lek Lu

Tuesday 26 July 2016

Gara-Gara Malas Berus Gigi, Tunas Jambu Tumbuh Di Mulut Lelaki In

Keadaan gigi setelah dicabut.

Keadaan gigi setelah dicabut.

Oleh Razzltyn Rosli. Sumber NMA News Direct.

Gigi antara organ yang paling penting dan sensitif. Penjagaan rapi memang diperlukan untuk memastikan gigi kita terjaga. Untuk membersihkan sisa makanan dan kotoran yang terlekat di gigi kita wajib memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Sebuah kejadian aneh yang berlaku di Taiwan apabila seorang pesakit lelaki yang berusia 37 tahun mengadu sakit gigi dan apa yang ditemui oleh doktor sungguh mengejutkan. Tunas jambu tumbuh di dalam gigi lelaki tersebut. Perkara ini dikatakan berlaku kerana ia malas membersihkan mulut dan memberus gigi selepas makan.

Lelaki tersebut sering mengadu rasa sakit tersebut tidak hilang walaupun sudah makan ubat. Mendengar keluhan tersebut doktor menjalankan pemeriksaan. Alangkah terkejutnya apabila ia mendapati ada daun di celahan giginya.

screen-shot-2016-07-26-at-11-27-14-am

Kejadian tersebut sungguh memeranjatkan dan disebabkan kes seperti ini jarang berlaku doktor tersebut menyelidik dan menyoal bilakah kali terakhir pesakitnya memakan buah tersebut.

Lelaki tersebut mengaku kali terakhir dia memakan buah tersebut adalah pada sebulan yang lalu dan berkemungkinan biji itu terselit di antara giginya yang berlubang.

Doktor mengatakan, tunas yang tumbuh itu berusia lebih kurang 10 hari, walaupun belum lama tumbuh, ia sudah cukup untuk memberi kesan sakit yang teramat kepada gigi.

No comments:
Write comments