Selalunya bila pemeriksaan mendapati tahap kolesterol adalah tinggi perkara pertama yang kita lakukan adalah mengawal pemakanan.
Kita akan menghindari makanan berlemak dan mengamalkan diet sihat. Tapi sebenarnya pemakanan bukannya semata-mata faktor penyebab kolesterol tinggi.
Ada lagi beberapa penyebab lain yang kita jarang ambil kira. Ada penyebab kolesterol tinggi ini boleh kita kawal dan ada juga sebaliknya.
FAKTOR LUAR KAWALAN
1) Genetik
Familial hypercholesterolaemia merupakan masalah kolesterol tinggi yang dialami secara turun temurun dalam keluarga. Sebaiknya lakukan pemeriksaan kadar kolesterol sejak usia anak-anak.
2) Jantina
Setelah menopaus, kadar LDL (kolesterol jahat) pada wanita akan meningkat sebab itu wanita pada usia ini disaran berhati-hati pada risiko penyakit jantung.
3) Usia
Lelaki berusia di atas 45 tahun dan wanita berusia di atas 55 tahun berisiko besar mengalami kolesterol tinggi.
4) Etnik
Ada etnik atau kaum yang secara semula jadi memiliki tahap kolesterol tinggi, misalnya dari Asia seperti kaum India, Pakistan atau Sri Langka.
FAKTOR YANG BOLEH DIKAWAL
1) Pola Makan
Sekiranya kita banyak mengambil buah-buahan, sayur, kekacang, serta ikan, kemungkinan kadar kolesterol akan berada dalam tahap normal.
2) Berat Badan
Kegemukan boleh meningkatkan kadar Kolesterol LDL dan kolesterol secara keseluruhannya. Jadi mulakan usaha menurunkan berat badan.
3) Senaman
Aktiviti senaman yang diamalkan secara teratur membantu untuk menurunkan kadar kolesterol.
4) Rokok
Bahan kimia yang terkandung dalam rokok boleh mempengaruhi kolesterol baik dan juga meningkatkan risiko penyempitan pembuluh darah.
5) Penyakit Tertentu
Ada beberapa penyakit, termasuk penyakit ginjal, hati dan tiroid yang tidak aktif boleh menyebabkan kadar kolesterol seseorang meningkat.
Sumber: www.webmd.com
The post Selain Makanan, Ini Juga Punca Tahap Kolesterol Anda Tinggi! appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
No comments:
Write comments