Selsema dengan mudah boleh menular dan berjangkit daripada seorang ke orang lain dengan pelbagai cara, contohnya dengan berkongsi minuman, berkongsi peralatan makan, batuk serta bersin.
Kuman tersebut tidak peduli dengan cara bagaimana ianya boleh menular, asalkan boleh dapat masuk ke dalam tubuh seseorang. Jadi, anda perlu berhati-hati dengan virus selsema ini.
Berikut beberapa cara atau petua merawat selsema secara semulajadi.
1. Kena Banyak Minum Air Masak
Air masak sememangnya mempunyai banyak manfaat buat tubuh serta kesihatan manusia. Air masak juga mampu mengatasi selsema. Jadi, cuba usahakan untuk minum air masak 8 gelas sehari.Ia bertujujuan agar kerongkong anda bersih daripada kuman yang boleh menyebabkan selsema.
2. Rehat Secukupnya
Keadaan tubuh yang penat boleh menyebabkan daya ketahanan tubuh menjadi lemah dan selsema akan menyerang pada ketika itu.Jadi, anda disarankan untuk mendapatkan rehat yang secukupnya serta berhenti melakukan sebarang aktiviti buat sementara waktu agar sistem ketahanan tubuh anda kembali seperti biasa.
3. Perbanyakkan Minum Air Panas
Selain perbanyakkan minum air masak, anda juga disarankan minum teh panas, milo panas dan sebagainya.Ketika selsema, akan banyak cecair yang keluar melalui hingus, air ludah dan peluh.Jadi, sebab itulah anda disarankan minum air panas untuk mengganti cecair tubuh yang hilang. Minuman panas boleh membantu mengurangkan masalah hidung tersumbat, mencegah dehidrasi dan melegakan kerongkong yang terganggu. Wap daripada minuman panas itu juga mampu mencairkan lendir.
4. Terapi Wap
Penguapan merupakan salah satu petua selsema tradisional yang dipercayai berkesan untuk mengatasi masalah tersebut. Masukkan air panas ke dalam besen, gunakan tuala besar untuk menutup kepala anda, dan tempatkan muka anda tepat-tepat di atas besen tersebut. Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna, campurkan minyak kayu putih, halia atau kunyit serta rempah-rempah lain.
5. Nikmati Madu & Halia
Petua selsema yang sangat senang untuk anda cuba. Ambil dua buku halia, kemudian kisar dan campurkan dengan madu. Minumlah tiga kali sehari, insya-Allah selsema anda kan sembuh.
@via wom.my
The post 5 Petua Berkesan Merawat Selsema appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
No comments:
Write comments