Lek Lu

Saturday 30 July 2016

Billionair Cabar Anak Lelaki ‘Survive’ Sendiri Tanpa Guna Pengaruh Bapa Dengan Hanya RM 423

20_5

Sumber: Times of India Oleh: Aimi Nordin

Ini adalah cerita sebenar yang selalu ditunjukkan dalam drama dan filem iaitu di mana bapa seorang yang kaya paksa anak hidup sendiri tanpa bantuan ibu bapa.

Seorang lelaki billionair dari Gujarat, India telah mencabar anaknya lakukan sesuatu yang mungkin tak disangka-sangka iaitu menyuruh anaknya hidup sendirian di Kochi kerana ingin mengajar anaknya bagaimana rasanya hidup susah dan miskin.

Lelaki tersebut bukan calang-calang orang kerana beliau merupakan pemilik kepada syarikat Hare Krishna Diamond Exports yang bernilai RM 3.6 billion.

Ada beberapa syarat yang dikenakan kepada anaknya Dravya, 21  yang sekarang sedang cuti semester dari mengambil MBA di Amerika Syarikat. Tiga syarat tersebut  adalah dia tak boleh langsung gunakan nama dan pengaruh ayahnya, tak boleh bekerja di sesuatu tempat lebih dari seminggu dan dia hanya boleh gunakan RM 423 yang diberi ayahnya untuk kecemasan sahaja.

“Saya mahu dia faham bagaimana orang miskin berhempas pulas untuk dapatkan kerja dan duit. Tak ada universiti yang boleh mengajar skil kehidupan ini melainkan pengalaman.”, kata Savji Dholakia semasa dihubungi Times of India.

Dugaan besar apabila berada di Kochi adalah mereka menggunakan bahasa Malayam dan Davya menggunakan bahasa Hindi.

“Selama lima hari saya tidak ada kerja atau tempat untuk tinggal. Saya sangat kecewa kerana saya ditolak untuk bekerja sebanyak 60 kali, memandangkan tidak ada seorang pun  yang kenal saya di sini.

“Saya faham perasaan apabila ditolak dan betapa bernilainya sesebuah pekerjaan”, kata Dravya, yang menipu bos-bosnya di Kochi dengan berkata bahawa dia datang dari keluarga yang miskin di Gujarat.

Hasil titik peluh Dravya, dia berjaya mendapat RM 242 selama sebulan selepas bekerja di sebuah kilang roti, di sebuah pusat panggilan telefon , kedai kasut dan McDonalds.

“Sebelum ini saya tidak pernah risau tentang duit dan di sini saya terpaksa bersusah payah untuk mendapatkan makanan Rs 40 (RM 2.50). Saya juga perlukan Rs 250 (RM15) sehari untuk membayar tempat tinggal”, kata Dravya yang berjaya menamatkan cabaran tersebut.

No comments:
Write comments