Lek Lu

Monday 4 July 2016

Kucing Berusia 11 Tahun Ini Mampu Meramal Saat-Saat Terakhir Riwayat Manusia

screen-shot-2016-06-16-at-11-06-29-am

Oleh Feyra Nasrom Sumber catswonderland

Oscar nama diberi bukanlah seekor kucing biasa namun mempunyai kelebihan yang sangat istimewa berbanding kucing-kucing yang lain.

Menurut sumber, Oscar bukan setakat boleh menghidu malah meramal kematian manusia dan sudah masuk 50 orang tua pesakit yang meninggal dunia setelah beberapa hari ditemani Oscar.

Hampir 11 tahun Oscar tinggal di rumah orang tua di Rhode Island USA dan dijaga sejak kecil hingga dewasa oleh kakitangan di pusat berkenaan. Kebolehan Oscar ini sukar dijumpa dan mungkin satu dalam sejuta. Kucing ini dikatakan mampu mengesan pesakit yang semakin hampir dengan saat-saat terakhirnya. Oscar akan duduk dan menemani pesakit tersebut sehingga mereka menghembuskan nafas terakhir.

Perkara aneh ini mula disedari oleh seorang doktor apabila satu kejadian dimana Oscar tidak dibenarkan berada bersama seorang pesakit dan terpaksa ditinggalkan di luar bilik, kemudian Oscar mula gelisah dan tidak tenang malah mencakar pintu bilik tersebut dan mengiau berulang kali. Tidak lama kemudian, pesakit berkenaan didapati meninggal dunia.

Mengikut pakar saintis berkata, kucing boleh menghidu perubahan sel-sel yang telah mati dalam badan manusia disamping kucing mempunyai satu deria yang tidak dapat dijelaskan oleh manusia.

Hingga kini,Oscar sentiasa menemani saat-saat terakhir pesakit di sana dan menjadi peneman mereka sebagai hari-hari terakhir manusia melihat dunia. Mungkin apa yang ada pada Oscar merupakan satu anugerah yang diberi oleh Allah.

screen-shot-2016-06-16-at-11-04-34-am

screen-shot-2016-06-16-at-11-04-46-am

screen-shot-2016-06-16-at-11-04-39-am

No comments:
Write comments