Lek Lu

Sunday 3 July 2016

Hampir Buta Gara-Gara Dibaling Telur Rebus

screen-shot-2016-06-30-at-2-42-16-pm-1

Oleh Razzlyn Rosli. Sumber metro.co.uk

Seorang lelaki Britain bernama Dylan Walt diserang dengan telur rebus ketika sedang berbasikal dalam perjalanan ke tempat kerjanya.

Disebabkan kejadian tidak bermoral itu, mata Dylan kelihatan bengkak dan lebam teruk sehingga tidak boleh dibuka. Dylan akhirnya dikejarkan ke hospital oleh orang ramai untuk mendapatkan rawatan rapi.

Difahamkan lontaran telur rebus itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab daripada sebuah kereta jenis Peugeot 205 atau 305.

Sehingga kini pihak polis masih lagi cuba mengesan pelakunya dan meminta kerjasama dengan orang ramai membantu dalam misi mencari pelaku terbabit.

No comments:
Write comments