Seorang lelaki dari Xiamen terkejut apabila mendapati masih lagi terdapat sebahagian chopstick yang tertanam di tangannya lebih dari sebulan, selepas percubaan untuk penutup botol air tidak berjaya.
Menurut laporan Taihainet, Zeng tidak sengaja mencederakan dirinya ketika dia keluar minum bersama rakan-rakannya. Zheng tercucuk tangannya dengan chopstick secara tidak sengaja.
Selepas membersihkan lukanya, Zeng menyangka dia telah menarik seluruh chopstick keluar dari tangannya. Zeng merasakan semuanya baik-baik saja, sehinggalah luka ditangannya semakin hari semakin teruk. Luka mula membengkak dan nanah mula keluar. Dek kerana keadaannya semakin teruk, beliau akhirnya membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan di hospital sebulan kemudian.
Doktor terkejut selepas mendapati terdapat lebihan chopstick sepanjang lapan sentimeter tertinggal di lengan Zeng untuk tempoh yang lama.
Sumber: Shanghaiist
No comments:
Write comments