Tahukah anda bahawa melalui diagnosis pada keseluruhan tangan anda, anda boleh mengenalpasti akan penyakit yang anda sedang lalui. Terdapat lima asas yang anda perlu ketahui melalui jari jemari kita iaitu jari telunjuk menunjukkan usus, jari tengah menunjukkan jantung, jari manis menunjukkan imuniti dan jari kelingking menunjukkan rahim atau tulang belakang.
Ruas Jari – Jemari
Lihat pada ruas jari jemari anda, kalau ruas jari kehitaman itu bermakna badan anda penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut juga membolehkan badan kita mendapat sembelit.
Tapak Tangan
Periksa tapak tangan masing-masing, kalau tapak tangan berbintik maknanya ada masalah angin dalam badan anda.
Kerap Berpeluh
Masalah tapak tangan kerap berpeluh dan lembab menunjukkan badan anda mudah untuk diserang kanser.
Warna Ibu Jari
Jika perut ibu jari berwarna biri kehijauan bermakna seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut ibu jari ada urat kehijauan dan kebiruan maknanya anda menghidapi gastrik.
Warna Urat
Urat biru atau hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki menunjukkan seseorang itu menghadapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.
Jari Kelinking
Untuk wanita, cara untuk mengetahui sistem dalaman perempuan anda ialah dengan melihat pada jari kelingking. Kalau jari kelingking anda meruncing atau bengkok bermakna tempoh haid anda tidak teratur, masalah keputihan, senggugut dan berkemungkinan rahim anda jatuh.
Kuku
Lihat pada kuku, jika terdapat bulan sabit berwarna putih pada setiap kuku jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang. Sekiranya terdapat pada ibu jari sahaja, bermakna anda seorang yang sihat.
No comments:
Write comments