Lek Lu

Thursday, 1 September 2016

SELEPAS PEMBEDAHAN BUANG MATA DAN PAKAI MATA PALSU.. TUMUR ADIK KECIL INI SEMAKIN BESAR MENUTUPI SEBAHAGIAN MUKANYA...KINI ADIK INI TELAH MENIGGAL DUNIA.. KESIAN!!!




TOLONG BACA ... 'Mama Janganlah Sedih, Rhaina Okay..." LIKE DAN UCAPKAN AAMIN SEMOGA ADIK INI SIHAT.. SEBARKAN BIAR 1 MALAYSIA BERDOA UNTUK ADIK INI..KESIANNYE.. | Saya nekad, saya akan berkongsi cerita mengenai anak perempuan saya bernama Rhaina Keila. Sila baca, kerana di setiap gambar ada ceritanya. 



************************************************************************** 
2013, saya disahkan mengandung anak teman lelaki saya. Saya menangis sebab saya belum bersedia unuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu. Tetapi teman lelaki saya memberitahu dia sanggup memikul tanggungjawab itu dan menjadi ayah yang baik kepada anak kami. 






31 Mei 2013, pemeriksaan ultrasound. 11 November 2013, kami dah tahu jantinanya, bayi perempuan! 




___Gambar selfie kandungan berusia 4 bulan bersama ayahnya, Rhonyl. 

25 Disember 2013, 6.40 pagi, baby selamat dilahirkan. #Welcome baby Rhaina Keila Boado Padilla. Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan anak yang sempurna ini.





Pergi klinik untuk follow up check up....











**************************************************************************** 
Gambar Rhaina dari 25 Januari hingga 25 Oktober 2015


25 November 2014, kami tengah membuat persiapan untuk hari lahir pertama Rhaina. Tetapi hari yang sepatutnya gembira itu bertukar menjadi mimpi ngeri.




*********************************************************************************** 
25 Disember 2015


Kami semua teruja bukan kerana Hari Krismas, malah menyambut hari kelahiran pertama Rhaina. Kami dah rancang dan buat persediaan yang rapi untuk birthday pertamanya sebab kami mahu membuatnya gembira dan rasa dirinya istimewa.....


Ketika berusia 11 bulan, kami perasan ada reflection# yang pelik di bahagian mata kiri Rhaina. Ia seperti pantulan cahaya yang biasa terdapat pada kucing pada waktu malam. Jadi, kami bawa Rhaina berjumpa dengan doktor untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku pada mata Rhaina. ....







>..Temujanji dengan pakar opthalmologist pada 5 Januari 2015. Doktor jalankan pemeriksaan pada mata Rhaina 30 minit. Keputusan yang diberikan doktor ternyata mengubah kehidupan kami. Doktor memaklumkan bahawa mata kiri Rhaina telah buta. Saya tak tahu nak rasa apa dan nak buat apa melainkan menangis. Doktor mencadangkan Rhaina membuat CT Scanned untuk mengesahkan diagnosis dan rawatan awal. 


>...Rhaina mengalami Retinoblastome di bahagian mata kirinya, #tumor malignan mata yang biasa menyerang kanak-kanak. Doktor menjelaskan kepada saya bahawa ujian perlu dilakukan segera dan memilih rawatan yang ada. Kami diberikan dua pilihan rawatan. 


Keluarkan mata Rhaina atau memulakan kemoterapi. 


..Tetapi kami buat keputusan untuk mengeluarkan mata Rhaina agar ia tidak merebak ke bahagian otak dan mata kanan. Syukur mata kanannya mempunyai pengelihatan yang sempurna. 






>...Sebelum pembedahan, kami pergi ke Pines City Doctor's Hospital's Chapel unuk berdoa dan meminta Tuhan menjayakan pembehdahan itu. 23 Januari 2015, mata kiri Rhaina telah dibuang. Syukur bagi saya melihat dia begini, namun saya juga perlu tabah. Selepas dua hari, kami bawa dia pulang ke rumah. 





...Cantiknya senyuman! Setelah apa yang berlaku, dia masih mampu untuk senyum, bermain dan tidak pernah terasa jengkel dengan balutan di matanya itu. 


...Seminggu kemudian, kami pergi ke Baguio lagi untuk follow up check up. Balutan di kepala dan matanya dibuka. Walaupun dia hanya mempunyai satu mata, dia masih kelihatan sempurna di mata saya. 






>Selepas dua minggu, kami dapat keputusan dari #pihak patologi yang menyatakan bahawa kanser telah merebak. Jadi kami berbincang mengenai hal ini dengan pihak opthalomologist dan Rhaniana dirujuk pada pediatric oncologist bagi menjelaskan apa yang kami perlu buat seterusnya. Mereka memaklumkan bahawa Rhaina perlu menjalani rawatan seperti kemoterapi. Sebelum kemoterapi, dia akan buat bone scan, bone marrow aspiration dan cerebrospinal fluid. 


Tak tahu nak rasa apa pada ketika ini melainkan rasa gelisah akan masa depannya kelak. 





>Setiap hari kami berdoa kepada tuhan agar anak kami disembuhkan dan meminta petunjuknya. Kami tidak pernah terlupa mengucapkan terima kasih kepada tuhan kerana menjadikan anak kami tabah dan berani menjalankan kemoterapi. 






Pihak Opthalmologist berikan mata palsu pada baby Rhaina secara percuma. 


September 2015, Rhaina discaj selepas melakukan 6 peringkat kemoterapi. 


>Dia diberi menggunakan mata palsu. Nampak seperti normal, seperti tiada apa-apa yang dikeluarkan dari badannya. Kami ingat, segalanya baik-baik saja sehingga... rupa-rupanya hanya 'kegembiraan' seketika sahaja bila mana keadaan Rhaina menjadi lebih teruk. 






Oktober 2015, kami pergi ke Baguio General Hospital Medical Center untuk follow up check up. Doktor jelaskan yang Rhaina perlu berada di pengawasan mereka. 



Kami buat segala ujian, namun keputusan ct-scan Rhaina tidak normal. Doktor jelaskan keputusan itu kepada saya dan memaklumkan terdapat ketumbuhan baru. Rhaina perlu jalani MRI untuk pengesahan.






Sample tulang sum-sum dan cecair cerebrospinal Rhaina diambil. Sayu melihat Rhaina menangis kesakitan. 



>Hari demi hari berlalu. Doktor sarankan Rhaina buat MRI secepat mungkin namun kita tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk melakukan prosedur itu. Syukur pada tuhan membuka hati saudara mara, keluarga dan kawan-kawan berikan bantuan kepada kami. 






>Prosedur selesai dijalanan dan keputusannya mengesahkan bahawa terdapat ketumbuhan baru dalam kanser tersebut yang juga dipanggil sebagai tumor. Lalu doktor menyarankan Rhaina jalankan lagi rawatan kemoterapi . Kami akur dan berharap dia akan sembuh selepas ini. 



Kami jadualkan rawatan kemoterapi pertamanya pada 21 Disember 2015 dan dos kali ini lebih tinggi dari sebelumnya. Kemoterapi ini dilakukan sebelum Rhaina berusia 2 tahun. 






>Sambutan hari lahir kedua Rhaina. Kami sediakan majlis hari lahirnya dengan Hello Kitty yang menjadi kegemarannya selama ini. Ramai yang datang dan Rhaina kelihatan gembira. Dia juga menerima banyak hadiah dan teruja mahu membuka kesemuanya. Sejuk hati melihat dia senyum dan ketawa walaupun di sebalik kesemua itu, dia sakit.






>Setiap kali melalui prosedur ini, dia perlu 'ditidurkan' kerana dia masih kecil dan tidak mampu mengawal dirinya daripada bergerak dalam mesin ct scan walaupun untuk beberapa minit. 


Kanser Rhaina telah meningkat ke tahap keempat. Kami buat keputusan untuk hentikan rawatan kemoterapi. 






2 Mei 2016, Rhaina demam dan muntah banyak kali. Jadi kami hantar dia ke hospital untuk diperiksa oleh doktor. Kami tidak menyangka doktor menyarankan Rhaina dimasukkan ke wad kerana terdapat jangkitan kuman menyebabkan Rhaina muntah dan demam panas. Bimbang dengan kesihatan Rhaina, kami akur dan tinggal di hospital bersamanya selama sebulan. 








Kami bersyukur, ramai yang datang melawat anak kami setiap hari. Ramai yang kagum dengan kebijakan, kecomelan dan paling utamanya dia adalah pesakit kanser yang berani. Selama sebulan di situ, dia masih mampu ntuk bermain, ketawa, melukis, mewarna, buat lawak dan terus menceriakan kami. Tidak pernah dia menunjukkan yang dia lemah. Meskipun dalam situasinya yang tidak sihat itu, kelakuan dia banyak seperti kanak-kanak normal. Rhaina kata, kalau dia dah sembuh, dia nak hidup untuk jangka masa yang lama. 






28 Mei 2016, Rhaina akhirnya dibenarkan pulang. 


>Kami tak dapat jelaskan betapa gembiranya dia bila dia dibenarkan pulang. Bila tiba di rumah, dia nak turun dan bermain meskipun dia tidak berkemampuan untuk bergerak secara normal. Saya gembira melihat dia tersenyum pada hari itu. Dia kata, dia tidak mahu pergi ke hospital lagi yang saya rasa dia trauma dengan jarum suntikan yang hinggap ke badannya setiap ketika berada di hospital. Dia tak boleh langsung dengar perkataan hospital. 






.Ketika berada di hospital, saya tanya dia mahu pergi ke mana? Dia jawab dia mahu pergi ke Pugad (mini zoo). Jadi, 30 Mei 2016, kami tunaikan permintaannya. Ramai yang melihat Rhaina dengan pandangan yang pelik dan simpati. Kerana dia tidak nampak seperti budak normal dengan ketumbuhan yang semakin membesar di mukanya. 

>Bagi kami, dia tetap anak kami dan akan diberi layanan istimewa dan seperti anak yang normal. Pulang saja dari Pugad, dia tak henti-henti berkata yang dia sangat gembira melihat haiwan-haiwan di mini zoo itu tadi. 






Sepanjang hari dia bermain dengan mainannya. Dia bermain dengan saya, ayahnya sehinggalah dia kepenatan. 


Semakin teruk. Ketumbuhan di wajahnya semakin cepat. Hari ini, dia hanya mahu baring sahaja. Dia cepat keletihan walaupun hanya duduk beberapa minit. Dia tidak dapat mengimbangi kepalanya kerana ketumbuhan itu. 






Jelas sekali dalam gambar ini menunjukkan dia dalam keadaan sakit. 


>Minuman Chuckie merupakan minuman kegemarannya. Biasanya dia gembira bila melihat air kotak ini, namun perkataan gembira itu tidak sesuai dengan wajahnya lagi kerana dia tidak dapat menunjukkan senyuman manisnya kerana ketumbuhan itu. Walaupun dia gembira, wajahnya tidak menunjukkan ekspressi gembira. 






>Sayu hati saya melihat anak perempuan saya yang menderita sebegini. Dia tidak lagi dapat bercakap dengan baik, tidak dapat berjalan, tidak dapat menghidu, pendengaran juga terjejas dan mata kirinya kini juga turut terjejas. 







>Buat pertama kalinya hari ini, dia kata kepalanya terasa sangat-sangat sakit dan dia menangis teruk. Sebelum ini, dia akan beritahu jika dia sakit. Namun kali ini dia tidak mahu mengaku kerana tidak mahu kami berasa bimbang. Dia juga tidak suka melihat wajah kami yang risau dan sedih padanya. Dia benci kami buat begitu.



>Sebulan semenjak discaj dari hospital. #Sel kansernya sangat agresif. Habis keseluruhan wajahnya, dada, leher dan tangan kirinya turut terjejas. Meskipun dalam keadaan sebegini, dia mahu mahu menyambut majlis hari lahirnya yang ketiga. Kami dapat rasakan keinginan dia untuk hidup lebih lama. - Brave Little Rhaina

No comments:
Write comments