Lek Lu

Thursday, 15 September 2016

Budak didera merayu polis jangan siasat ibunya..~kasih seorang anak pada ibunya~

budak4.jpg

KAZAKHSTAN Rakaman video seorang budak lelaki yang dipercayai didera dan mendapatkan rawatan daripada pasukan perubatan di bandar Taraz kini tersebar luas, terutama selepas dia merayu kepada polis supaya ibunya tidak disiasat.

Budak itu ditemui merayau-rayau dan dia kemudiannya mendapatkan rawatan perubatan di sebuah pasaraya.

Malah ketika pasukan perubatan mahu menghubungi ibunya, dia menjerit `tidak, tidak.
Budak itu didera dengan teruk dengan belakangnya dipenuhi kesan pukulan dipercayai akibat pukul menggunakan tali pinggang atau rotan manakala tangan kirinya pula melecur, akibat terkena api.
Menurut laporan media, budak itu mengaku dia dipukul oleh ibunya kerana nakal namun enggan memberitahu di mana ibunya berada.

Pihak berkuasa juga tidak mengetahui bagaimana dia boleh sampai ke pasaraya berkenaan.
Budak itu kini ditempatkan di rumah kebajikan dan pada masa sama usaha mengesan ibunya masih belum membuahkan hasil.


Sumber: saje2kongsi

No comments:
Write comments