Oleh Feyra Nasrom Sumber Dailymail
Akibat trauma dengan air, Donna McMahon yang berasal dari Liverpool tidak pernah mandi akibat kejadian yang menakutkan menimpa dirinya ketika di usia kecil.
Donna tidak pernah mandi sejak berusia 5 tahun gara-gara tidak dapat melupakan tragedi dimana dia pernah ditolak oleh seorang budak ke dalam air dan hampir lemas. Namun, bapa Donna berjaya selamatkan dirinya dan sejak kejadian menimpa, Donna trauma dengan air dan tidak pernah berkunjung ke kolam renang atau pantai.
Selepas 30 tahun, Donna berjaya mengatasi trauma dengan bantuan Robert Hiseee. Hanya dengan teknik terapi minda, Donna berjaya membuang fobia dan ketakutannya terhadap air dan sering berkunjung ke kolam renang tanpa sebarang masalah lagi.
Donna kini sudah menjalani kehidupan normal seperti orang lain dan sangat bersyukur dengan bantuan Robert yang membuatkan dirinya berjaya mengatasi masalah fobia terhadap air selepas 30 tahun tidak pernah mendekatkan diri dengan air.
No comments:
Write comments