Oleh Feyra Nasrom Sumber Shanghaist
Kejadian ini berlaku di Fujian, China yang melibatkan bayi berusia 2 bulan nyaris maut akibat tertelan mangga kunci yang disuap oleh abangnya sendiri.
Kejadian itu diketahui apabila seorang lagi abang bayi mula mencari mangga tersebut. Ibunya memeriksa mulut bayi itu namun tidak menjumpai mangga tersebut.
Selepas dibawa ke hospital untuk pemeriksaan, doktor mengesahkan ada mangga dalam tubuh bayi tersebut. Namun bayi tersebut diberi makan bijirin dan minyak kacang untuk memudahkan proses pembuangan air besar bagi mengeluarkan mangga tersebut bersama dengan najisnya.
Mangga tersebut berjaya dikeluarkan 5 hari selepas kejadian dan jelas doktor mangga tersebut boleh menyebabkan bayi lemas dan jangkitan dan halangan pada usus.
No comments:
Write comments