saudara di sekolah, COD tempahan makanan di rumah customer dan sebagainya.
Kalau hari biasa saja, aku rasa penat gila. Masa bulan puasa, hari itu aku rasa nak bunuh diri pun ada. Semua kerja aku seornag yang kena settle. Jadi, selepas COD barang, aku balik masak untuk keluarga berbuka pula. Selepas mereka selesai makan, semua pinggan dan cawan ditinggalkan begitu sahaja dalam sinki. Kadang-kadang budak-budak muntah makanan bawah meja, tak pun sorok makanan di bawah meja. Bila tikus, lipas dan semua mula naik ke rumah, aku juga yang dipersalahkan. Aku juga yang kena cari lubang sarang serangga dan letak racun.
Bila aku bising suruh mak nasihatkan adik beradik yang lain tolong aku, mak pula memarahi aku.
"Kau kakak sepatutnya kena tabah buat kerja," katanya.
Okay, aku tahan lagi sebab aku malas nak bertekak dengan mak dan adik beradik lagi dah. Bagi mereka, perempuan memang buat kerja-kerja berat. Nanti bila kahwin, sama juga buat untuk suami. Jadi aku kena berterima kasih pada mereka sebab aku tak pandai buat semua itu kalau bukan disebabkan mereka. Geram saja, nak saja kata "Terima kasih dan sila pergi mampus!"
Keluarga aku tahu yang aku ada masalah kesihatan. Tetapi seperti biasa, sendiri sakit sendiri merangkak pergi ke hospital. Berkali-kali doktor pesan jangan buat kerja berat tetapi semua itu keluarga aku tak faham. Okay, tak apa, aku buat juga. Aku cuba minta dengan mak duit untuk beli supplement tambahan seperti jus delima dan pil vitamin.
"Membazir saja kau beli benda-benda camtu. Bukannya berkesan pun." katanya.
Keesokan harinya, adik beradik minta duit dari mak nak beli baju raya. Tanpa banyak bicara, mak hulur RM200 setiap seorang.
"Baju raya kau tak payah beli pun tak apa, sebab duit dah habis bagi pada adik beradik yang lain," kata mak pada aku.
Aku menangis dalam bilik sebab kecil hati dengan mak. Tak sangka penampilan adik-adik lebih penting daripada kesihatan aku. Baju raya tak ada tak mengapa, at least cakaplah elok-elok. Tak apalah, aku kumpul duit sikit-sikit hasil COD hari itu, dapat juga duit tips daripada customer. Duit itu aku simpan elok-elok lagi sampai ke hari ini, kalau ada kecemasan ke apa.
Dan dari sinilah bermulanya kisah pertengkaran antara aku dengan mak pagi tadi. Tiga hari yang lalu, entah dari mana datangnya tiga orang saudara yang aku tidak kenal. Buat semak saja. Sudahlah datang rumah orang, buat macam rumah sendiri. Geram betul. Yang seorang itu bajet solehah pakai purdah, tetapi masa orang tengah memasak atau mengemas, dia dengan selamba duduk tergolek di depan televisyen melayan cerita. Aurat di dalam rumah tak payah cakaplah, baju asyik nak londeh sahaja. Suruh solat pun macam nak kena cungkil dari katil, pemalas nak mampus!
Masa makan, berdesup ke dapur, makan sampai perut buncit. Selepas makan, tinggalkan pinggan dalam sinki macam itu saja. Anak dia meraung lapar ke apa, dia buat tak tahu saja. Aku juga yang kena suapkan. Oh, umur kami sebaya. Bezanya dia itu subhanallah cantik tetapi astaghfirullahal'azim, pemalas nak mampos!
Semalam satu keluarga letih melayan tetamu datang beraya. Aku pula makan di luar seorang diri, tak ada mood nak makan dengan mereka semua. Bila balik saya, aku bengang gila kucing-kucing belum lagi diberi makan. Masa aku di dapur tengah bagi kucing makan, dia masuk ke dapur.
"Kenapa tak masak? Tak tahu ke kitorang lapar?" soalnya.
"Kau ingat aku ini tukang jaga kandang babi ke?? Kau ini manusia ke apa? Masak malas, tidur saja kerja. Babi saja perangai macam tu. Pakai purdah, kepala hotak perangai macam sial!" aku tak tahan terus maki dia.
Dia terus keluar mengadu pada mak dan ayah. Mak aku marah gila dengan aku. Dari riak muka ayah, jelas dia kecil hati dengan perangai aku. Baru aku tahu yang perempuan itu adalah anak saudara yang mereka paling sayang sebab cantik, pakai sopan, lemah lembut tetapi perangai macam iblis! Aku yang depan-depan macam iblis ini tak hadap pula bangga rajin buat kerja ke apa. Okay fine! Semoga iblis mak dan ayah ini tidak menjadi hipokrit seperti perempuan itu.
Mak berdepan dengan aku, dia kata dia kecewa dengan perangai biadab aku itu.
"Kalau begitu, bagilah duit. Nak balik Gombak. Kerja kat sana sampai sem depan start. Kalau perangai mak macam ini, saya tak payah balik pun tak apa. Biar saya kerja sampai dah dapt kerja tetap. Nanti saya cari rumah sendiri. Mak hiduplah dengan keluarga mak yang membosankan ini," aku kata.
Mak blah begitu saja. Mesti dia tidak mahu, nanti siapa yang nak tolong dia kan?
Seorang lagi saudara aku, dia ini buat juga kerja rumah. Tetapi kalau dia buat salah ke apa, direct saja dia salahkan aku. Contohnya mak aku tak taruk gula garam dan semua bahan masakan dalam bekas kecil. Biasalah caterer. Lepas itu, dia tak tutup semua bekas itu. Gula rosak sebab semut masak. Keropok menjadi lemau. Ikan menjadi busuk dan berulat sebab dia letak di luar. Dapur bersepah dengan sisa makanan yang basi. Tuhan saja yang tahu, itu dapur ke tempat memuja syaitan?
Mak marah-marah dan salahkan aku. Tak pasal-pasal aku kena cuci semua itu. Padahal aku tak tahu langsung apa yang mereka buat di dapur sebab aku jaga ayah. Subuh tadi, aku join mereka memasak. Mak dah okay sikit dengan aku, mak suruh aku tolong dia siram bunga. Aku keluar ikut pintu depan dan senyap-senyap pergi ke pintu belakang. Saja nak intip apa yang saudara-saudara lahanat itu sembangkan. Kecil hati aku mendengar mereka bersembang tentang aku.
"Umur dah 24 tahun, muka tak terurus, kulit hitam. Perangai macam jantan. Entah anak siapa tah sebab lain daripada adik beradik sendiri. Spesis tak laku la, apa la," kata salah seorang daripada mereka.
Aku terus meluru masuk ke pintu belakang secara tiba-tiba dengan air mata.
"Apa yang engkau orang tak puas hati dengan aku?! Ye aku hitam sebab aku berpanas, hujan di luar tolong mak cari rezeki! Anak-anak dara lain cantik gebu makan supplemnet, guna set kecantikan yang mahal-mahal. Aku ini satu apa pun tak ada. Diri aku? Selekeh sebab tak pernah shopping. Nak merasa baju baru, jauh sekali! Kalau aku ada duit beribu-ribu dalam poket, aku takkan menjadi macam ini" hati aku puas! Aku dah tak sanggup pendam.
Mereka? Hanya tunjuk muka riak celaka.
Kemudian mak masuk, ingatkan aku cari pasal dengan mereka. Mak tuduh aku bermacam-macam, sketsalah, apalah.
Aku cuba bersabar tetapi tidak mampu. Aku buang cincin pertunangan di jari dan campak pada mak. Mak tunangkan aku dengan anak kawannya tahun lepas. Entah siapa lelaki itu, aku tak pernah kenal dan tak pernah berikhtiar mencari dan mengenalinya. Begitu juga dengan lelaki itu.
"Nah! Ambil balik! Hari ini juga saya putuskan pertunangan ini. Jangan nak guna kuasa veto wali saja. Lelaki itu tak sekufu dengan saya. Elok-elok mak buat saya macam kain buruk. Mak nak pass saya pada orang yang saya tak kenal. Betullah kata mereka berdua ini yang saya tak laku. Kahwin pun ikut pilihan mak. Padanlah mak dapat anak hitam tak terurus seperti ini. Sebab anak mak yang cantik handsome semua mak simpan dalam rumah. Takut terkena cahaya matahari sangat kan?
"Apa salah saya pada mak? Mak cari saya bila mak nak. Mak buang tepi bila mak tak nak. Mak simpan saya di rumah jadi apa? Jadi kuli saja kan? Maaf sebab saya derhaka dengan mak hari ini. Tetapi mak patut tahu tiada sesiapa yang maksum di dunia ini kecuali nabi. Mak layan saya macam sampah, nanti mak jawablah dengan Tuhan sendiri. Mak ingat saya tak makan hati ke bila mak layan anak-anak lain seperti raja? Saya diam sebab tak nak derhaka dengan mak.
"Mak tahu saya kena buat pembedahan tetapi mak lebih sanggup utamakan adik-adik daripada saya. Sekarang ini, orang luar lagi tinggi darjatnya dari saya. Kalau begitu, lebih baik saya berambus dari hidup mak, senang kan? Saya lagi rela mampus di celah hutan sana daripada menanggung sakit hati sebab mak tak sayangkan saya. Mak duduklah di rumah ini dengan biawak-biawak hidup ini semua!" aku kata pada mak.
Mak tunduk menangis. Saudara aku semua tergamam sebab tak sangka jadi begini. Aku beredar masuk bilik, ambil sweater, helmet, tudung dan kunci motosikal. Masa aku lalu depan ayah, aku cium tangannya.
Aku tak mahu jadi seperti ini sebenarnya, tetapi aku bukan hamba abdi manusia. Aku ada hati dan perasaan. Aku layak mendapat kebahagiaan sendiri. Kasihan ayah, raya-raya ini kena layan drama celaka seperti ini. Dia genggam tangan aku, dia tak mahu aku pergi. Tetapi aku tetap pergi jua.
Mak? Mak tak call pun aku untuk pujuk ke apa. Langsung tak ada. Hanya kakak saja yang sibuk-sibuk call dan WhatsApp suruh aku balik. Tetapi aku dah menjadi tawar hati. Aku nekad, bila balik ke rumah nanti, aku kemas barang dan balik ke Gombak. Ego mak terlalu tinggi. Dia terlupa yang dia melahirkan aku agaknya. Tak mengapalah.
Lantaklah siapa nak kata aku anak derhaka ke apa. Tiada siapa di tempat aku. Dari dulu sampai ke hari ini, aku ini manusia yang membesar dalam tekanan. Aku tak ada kawan, tak pernah lagi orang peluk aku dan kata,
"Jangan risau, kau okay nanti" atau "Takpelah, saya ada di sini untuk awak,".
Kelakar kan hidup aku? Tak apalah, satu semester saja lagi di UIA dan saya akan pergi jauh dari sini. Tetapi mak jangan risau, tanggungjawab anak tetap wajib ditunaikan. I love you so much and I'm sorry because I have to behave like an asshole this time. Mungkin mak sayang saya cuma mak tak tahu nak tunjukkan macam mana kan? Selamat hari raya mak. Maaf sejuta kali maaf. Yang ikhlas daripada anak mak yang paling tidak sempurna. - Shuya | PIXEL MEDIA
No comments:
Write comments