Anda tentu perasan bahawa ujian darah yang ringkas boleh memberitahu anda sedikit sebanyak mengenai mutu kesihatan anda, seperti tahap kolesterol anda, bilangan sel darah merah dan putih ataupun sekiranya anda memiliki kekurangan nutrisi.
Namun begitu, adakah anda tahu bahawa ujian darah juga dapat membantu mengenalpasti umur biologi anda dan sekiranya anda sedang atau pernah mengalami kemurungan?
Setiap daripada kita memiliki antara 1000 hingga 2000proteins yang boleh diukur doi dalam tubuh badan kita, mengikut kajian dari Prof. Stefan Enroth dari Universiti Uppsala, Sweden. Setiap satu dari protein tersebut menjalankan beberapa tugas dan tanggungjawab. Jika lebih banyak penyelidik mengkaji mengenai protein ini maka mereka akan memperolehi lebih banyak maklumat tentang apa yang berlaku pada tubuh anda yang selainnya.
Kebanyakan daripada kajian ini adalah masih berada di tahap pembangunan dan berpotensi besar untuk memberikan kebaikan serta keuntungan kepada pelan rawatan dan diagnosis kesihatan. Anda pasti akan terperanjat dengan maklumat yang para doktor akan dapati daripada hujung jari anda.
1. Umur Sebenar Anda
Berbanding dengan umur kronologi yang menunjukkan jumlah masa yang telah berjalan semenjak anda dilahirkan, umur biologi ini pula merujuk kepada tahap penuaan atau umur sebenar organ dalaman anda berbanding dengan mereka yang sebaya dengan anda.
2. Risiko Untuk Mendapat Alzheimer
Tahap bilangan kumpulan kecil protein pada darah anda boleh memberikan informasi jika anda memiliki kecenderungan untuk mengalami penyakit Alzheimer dalam 10 tahun lagi sebelum simptom-simptom sebenar dikenalpasti, seperti kajian dari pengkaji di United Kingdom.
Kajian ini masih lagi di tahap saringan. Namun kebolehan untuk mengenalpasti individu yang berisiko dengan segera boleh membantu untuk memberikan rawatan yang lebih berkesan.
3. Jika Anda Pernah Mengalami Konkusi
Doktor telah lama bertungkus-lumus untuk mencari protokol yang dapat membantu memberikan diagnosis yang tepat jika seseorang itu pernah mengalami konkusi. Konkusi adalah kecederaan otak yang traumatik namun tidak menunjukkan sebarang kesan atau gejala sejurus selepas kejadian.
Ini adalah masalah yang besar terutamanya pada para atlet kerana jika mereka terlibat dalam kemalangan untuk kali kedua selepas mengalami konkusi ia boleh mengakibatkan kematian.
4. Berapa Teruk Tahap Kemurungan Anda
Ia adalah amat sukar bagi orang ramai termasuk doktor mereka untuk membezakan antara mereka yang memiliki prubahan mood yang normal dengan mereka yang memiliki masalah kemurungan yang serius.
Sejak bertahun lamanya, pakar masih gagal untuk mengenalpasti masalah gangguan perasaan menggunakan hanya ujian darah dan imbasan otak.
5. Setiap Penyakit Selesema Yang Pernah Anda Hidapi
Selain itu juga, ujian darah juga boleh menentukan seberapa banyak penyakit selesema yang pernah anda hidapi sepanjang hidup anda. Mengikut kajian dari jurnal Science, tubuh anda akan menghasilkan antibodi untuk bertindakbalas menghalang penyakit dari menyerang semula.
Antibodi itu pula akan terus berada dan beroperasi di dalam badan anda sehingga ke hujung hidup anda.
The post Apa Yang Ujian Darah Dapat Tunjukkan Tentang Kesihatan Anda appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
No comments:
Write comments