Demam kepialu adalah jangkitan bakteria yang memberi kesan kepada beberapa organ badan. Ia mudah dijangkiti, serta serius dan mengancam nyawa jika dibiarkan.
Ketahui tanda-tanda jangkitan typhoid, cara ia tersebar dan langkah yang boleh diambil untuk melindungi keluarga anda apabila anda ke luar negara.
Demam kepialu disebabkan oleh Salmonella typhi, sejenis bakteria yang sama daripada genus yang sama yang menyebabkan keracunan makanan salmonella.
Ia mudah dijangkiti. Demam kepialu tersebar melalui sentuhan dengan najis dan air kencing orang yang dijangkiti. Ia merupakan penyakit biasa di negara yang tidak mengamalkan kebersihan, di mana najis manusia boleh mencemari sumber minuman dan makanan dengan mudah.
Tanda-tanda jangkitan awal kebiasaannya sederhana dan boleh sembuh dalam masa dua minggu.
Tanpa rawatan, satu dalam lima kes typhoid boleh membawa maut sementar mereka yang selamat mungkin mengalami masalah fizikal atau mental.
Kerana itulah demam typhoid perlu dirawat secepat mungkin dengan antibiotik. Kes typhoid yang serius memerlukan rawatan di hospital dan suntikan antibiotik.
Anda mungkin mengalami antara yang berikut:
- Suhu tinggi: 39-40°C (103-104°F)
- Sakit perut
- Sakit kepala
- Sembelit atau cirit-birit
Di mana Demam kepialu mudah tersebar
- Dapatkan vaksin: Terdapat dua jenis vaksin yang memberikan anda perlindungan daripada demam kepialu. Temui pakar kesihatan anda tentang imunisasi yang betul.
- Minum air yang telah dibasmi kuman menggunakan bahan kimia, dibotolkan atau dididihkan: Sekiranya air itu tidak dididihkan terlebih dahulu, elakkan meminum, membasuh makanan atau memberus gigi dengan air paip. Hanya ambil minuman berbotol jika boleh atau air yang telah dibasmi kuman secara bahan kimia.
- Elakkan makan makanan yang tidak dimasak: Pastikan makanan yang anda ambil dimasak sepenuhnya untuk menghapuskan kuman-kuman merbahaya.
- Amalkan kebersihan tangan yang baik: Ingat untuk membasuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air bersih. Jika anda di luar dan tidak menemui sabun atau air, gunakan Pembasmi Kuman Tangan untuk membunuh 99.9% kuman.
The post Apa Itu Demam Kepialu? (Typhoid Fever) appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
No comments:
Write comments