Lek Lu

Sunday, 7 August 2016

6 Makanan Yang Wajib Diambil Untuk Mendapatkan Otot Perut Yang Seksi

Walaupun anda adalah dari kalangan mereka yang rajin mengunjungi pusat kesihatan setiap hari, anda masih mahu mengambil berat terhadap pemakanan anda untuk mendapatkan keputusan bentuk tubuh yang anda ingini.

Makanan yang betul boleh membantu anda untuk membina otot dan membuang lemak yang tidak anda ingini daripada perut anda yang boleh menghalang otot 6-pack anda dari kelihatan, menurut pakar diet Marie Spano.

Pemakanan yang salah boleh menjadikan segala usaha anda di dalam gimnasium selama ini sia-sia.

Baca berikutnya untuk mengetahui makanan mana yang diambil atau dielakkan untuk membantu penghasilan otot perut yang seksi dan digilai ramai.

yogurt yunani

1. Yogurt Yunani

Selain dari dipadatkan dengan 23 gram protein untuk membina otot dalam satu cawan, yogurt jenis ini juga amat kaya dengan calcium dan probiotik yang mana boleh membantu anda untuk membina otot pada perut anda.

Menurut kajian mereka yang mengambil yogurt jenis ini berjaya untuk menghilang lemak pada bahagian perut jika mereka mengambilnya setiap hari.

Siapa yang tidak mengambilnya mempunyai risiko untuk gagal mendapatkan otot perut yang diingini.

tepung protein whey

2. Tepung Protein Whey

Sumber protein dari bahan ini mengandungi asid amino yang dapat mengurangkan kerosakan otot ketika senaman dan menggalakkan pemulihan otot untuk membantu senaman anda mencapai teras dengan lebih berkesan.

Menurut kajian dari jurnal Faseb, mereka yang mengambil protein secara dua kali ganda, dapat menghilangkan lebih banyak lemak serta mengekalkan lebih banyak otot dari mereka yang tidak berbuat demikian.

bijian penuh

3. Bijian Penuh

Karbohidrat kompleks, terutamanya yang kerap didapati dii dalam bijian penuh adalah amat penting untuk memberi lebih kuasa kepada senaman anda di samping membantu anda mencapai matlamat fitnes yang anda inginkan.

Sebagai tambahan, fiber daripada bijian penuh itu juga boleh membantu anda untuk mengurangkan lemak pada perut anda serta meningkatkan tahap kekenyangan anda yang membantu anda untuk mengelakkan diri dari terlebih makan.

asparagus

4. Asparagus

Tangkainya yang hijau itu adalah cukup kaya dengan fiber prebiotik, sejenis fiber yang membantu untuk menjana bakteria baik di dalam sistem penghadaman serta mengelakkan anda mengalami kembung perut.

Kadar anti-oksidannya yang tinggi juga dapat membantu anda untuk mengekalkan kekuatan otot-otot asas sambil mengelakkan kenaikan berat badan yang disebabkan keradangan. Selain itu mereka yang kerap mengambil sayuran selalunya memiliki kurang lemak pada badan.

teh hijau

5. Teh Hijau

Antara kadar kafein dan anti-oksida yang ada pada teh hijau, ia juga memiliki beberapa kebaikan lain untuk kesihatan.Walaupun kedua-dua nutrisi tersebut boleh membantu dalam mengurangkan lemak pada perut anda, jika dipadankan dengan senaman boleh benar-benar membantu anda untuk mendapatkan keputusan yang dikehendaki.

Anti-oksida yang kuat di dalam teh hijau pula boleh bertindak untuk meningkatkan kadar oksigen di dalam badan untuk dijadikan penjana ketika anda sedang berpeluh.

The post 6 Makanan Yang Wajib Diambil Untuk Mendapatkan Otot Perut Yang Seksi appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

No comments:
Write comments