Menurut Waze, masa paling sesuai untuk anda memandu pulang dari kampung ke Kuala Lumpur adalah sebelum pukul 11 pagi hari Ahad (10 Julai), ataupun sebelum pukul 10 pagi hari Isnin (11 Julai). Data ini hanya untuk mereka yang mahu bertolak dari kampung ke Kuala Lumpur sahaja tau.
Berdasarkan data yang dikumpulkan oleh Waze, pengguna tidak digalakkan untuk memandu sekitar tengah hari memandangkan kebiasaannya keadaan trafik akan meningkat sehingga 262% ketika itu.
Sebagai alternatif, adalah lebih anda menyertakan tempat yang ingin anda tujui dan masa yang ingin mereka tiba di destinasi. Waze akan menganalisa serta mencadangkan masa yang sesuai untuk anda bergerak pulang dari kampung ke bandar.
Data ini mungkin dapat membantu perjalanan anda. Untuk mengelakkan anda sangkut dalam kesesakan lalu lintas, rancang perjalanan anda.
Sumber: Amanz
No comments:
Write comments