Lek Lu

Thursday, 7 July 2016

Inilah Punca Kenapa Anda Selalu Letih Walaupun Cukup Tidur

Screen Shot 2016-07-08 at 1.16.04 AM

Tidur dah cukup, tapi setiap kali di pejabat mata mesti terkebil-kebil seperti tak tidur malam. Level mengantuk tu tak payah cerita lah. Nasib baiklah tempat duduk boss betul-betul kat belakang je, kalau tak confirm ‘terbang’.

Ketahui kenapa situasi seperti ini boleh berlaku sedangkan tidur anda cukup je. Meh baca ni:

1. Tak breakfast

Makanan yang diambil sebelum tidur malam tadi akan digunakan untuk mengempam darah dan oksigen. Jadi, kalau anda tak breakfast macam mana nak isi semula tenaga anda.

2. Terlalu bergantung dengan kafein

Pengambilan kafein 6 jam sebelum tidur boleh mengganggu tidur anda. Kandungan yang terdapat pada kafein akan menghalang sel aktif dalam tubuh badan dan akan membuatkan anda mudah tidur.

3. Asyik main gajet je sebelum tidur

Macam nak tidur bila asyik main telefon atau gajet sahaja. Cahaya dari gajet  tu pula boleh menggangu kitaran tidur anda. Jadi, kalau boleh jauhkan je semua gajet yang ada dari tempat tidur anda.

4. Suka sangat makan snek atau makanan ringan

Berdasarkan kajian yang dijalankan, makanan yang tinggi kandungan gula serta pengambilan gula yang berlebihan boleh membuatkan tubuh badan menjadi lemah. Jadi kawal pengambilan gula dalam badan anda!

Sumber: Hanasuva

No comments:
Write comments