Lek Lu

Tuesday, 12 July 2016

4 Kegunaan Kulit Telur Yang Ramai Tak Tahu

Membran-kulit-telur-dapat-meringankan-nyeri-Osteoarthritis-kekakuan

Kulit telur banyak kegunaannya. Ramai antara kita yang membuang kulit telur selepas ianya dipecahkan. Berikut merupakan kegunaan kulit telur yang anda tak tahu:

1. Masker Wajah

Terlebih dahulu, bersihkan kulit telur sebelum anda hancurkan kulit telur tersebut dengan lesung batu. Kemudian campurkan serbuk kulit telur tadi dengan telur putih.

Lumurkan pada muka anda dan biarkan sehingga ia kering, kemudian baru cuci.

2. Menghilangkan perosak tumbuhan

Untuk menghalang dari siput menyerang kawasan tanaman anda, cuba tabur sedikit serbuk kulit telur di kawasan yang terjejas akibat serangan siput. Siput-siput itu nanti akan berpindah dan mencari tempat yang lebih selamat.

3. Merawat Kulit Gatal

Masukkan serbuk kulit telur ke dalam cuka epal dan rendamkan ia selama beberapa hari. Lepas tu, sapukan campuran itu tadi pada kulit yang gatal.

4. Baja

Kulit telur mengandungi kalsium dan mineral yang baik untuk tanaman anda. Hancurkan kulit telur itu dan taburkan ke dalam lubang untuk anda menanam anak benih.

No comments:
Write comments