Lek Lu

Tuesday, 13 September 2016

Terkini : Dua Anggota Bomba Kuala Selangor Maut..Al Fatihah Dan Salam Takziah..


Dua anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor maut apabila kenderaan yang dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori.
Kemalangan berlaku di simpang lampu isyarat pekan lama Kuala Selangor, Selangor, pagi tadi. Mangsa yang maut adalah Mohd Firdaus Mohd Nazri dan Amir Hamzah Shaharuddin.
Dua yang cedera pula adalah Abdul Aziz Abdullah dan Syazwan Hafifi Jamal, dan dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk rawatan. Mereka dikatakan dalam perjalanan ke Balai Bomba dan Penyelamat di Sepang untuk menghadiri Majlis Qurban Perdana Sempena Aidiladha.
Punca kemalangan masih disiasat.


No comments:
Write comments