Lek Lu

Monday, 5 September 2016

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga Nasib malang Cikgu Pencen 63 Tahun Selepas Nikah Gadis 18 Tahun


Bahagia hanya sementara.... Begitulah nasib seorang cikgu pencen, Haji Nasir ,63 dari Kampung Masago Kecamatan Patimpeng, Sulawesi Selatan yang baru sahaja bernikah dengan seorang anak dara berumur, Milawati, 18 pada hari Isnin (11/7/2016).

Beliau telah ditahan pihak polis di Mapolres Bone, Jalan Yos Sudarso, Kecamatan Tanete Riattang Timur, Watampone kerana melanggar seorang pejalan kaki berusia 74 tahun pada  hingga mati dengan motorsikalnya pada Sabtu lalu (3/9/2016).

Seperti peribahasa "Sudah jatuh ditimpa tangga", isterinya yang masih muda itu pula minta dia diceraikan. Mila enggan mengulas lanjut kenapa dia bertindak demikian.

"Malas lah ditanya-tanya tentang Aji Nasir, iya mau cerai," ujar Mila ketika ditanya melalui telefon oleh wartawan TribunBone.com.

 "Yang jelasnya tidak mau ma sama Aji, jelas mi to !."

Haji Nasir dalam nada sedih menjelaskan

"Mau apa lagi nak, ini musibah bagi saya, saya langsung menyerahkan diri setelah saya tahu mangsa meninggal, Saya malu kalau mesti dijemput polis di rumah,"

Jika sabit kesalahan. Haji Nasir bakal menerima hukuman penjara paling lama enam tahun penjara dan atau denda 12 juta rupiah.

Berikut 15 faktan menarik tentang mereka:

  1. Haji Nasir dan Milawati berkahwin, Isnin(11/7/2016), 
  2. Mereka bernikah di Desa Suwa, Kecamatan Libureng, Kabupaten Bone atau rumah mempelai perempuan, 
  3. Beza usia mereka adalah 40-an tahun, 
  4. Nasir adalah pesara PNS guru, sedangkan Milawati baru saja tamat pendidikan sekolah menengah atas, 
  5. Sebelum berkahwin dengan Milawati, Nasir tinggal di Desa Masago, Kecamatan Patimpeng, Kabupaten Bone, 
  6. Haji Nasir merupakan duda. Isteri pertamanya meninggal dunia kira-kira tiga bulan lalu dan tak mempunyai anak dari isteri pertamanya, 
  7. Berita perkahwinan datuk usia 60-an tahun dengan gadis usia belasan tahun pertama kali disebar melalui media sosial Facebook oleh pemilik akaun Nurfahrah Yusuf pada Isnin, 
  8. Pernikahan berlangsung dalam adat Bugis Bone, 
  9. Nasir menganggarkan kos perkahwinannya Rp 50 juta. Wang hantaran  Rp 20 juta dan bakinya untuk urusan majlis, hiasan, dan hiburan, 
  10. Sebelum melamar Milawati, Nasir sebagaimana diakui Ketua Kampung Suwa, Salahuddin Bakri, melamar sepupu Milawati yang berstatus janda.

No comments:
Write comments