QARL Muhammad Ziqri Abdul Hafiz yang menghidap jantung berlubang sejak berusia 42 hari duduk di pangkuan ibunya Norlida Otham, ketika ditemui dirumahnya, di sini.
Ibunnya, Norlida Othman, 34, berkata anaknya itu mempunyai tempoh kurang daripada tiga minggu untuk menjalani pembedahan untuk menampal lubang sebesar duit 20 sen di bahagian kanan dan kiri jantung serta pemasangan belon untuk mengelak saluran darah tersumbat.
Beliau berkata, Qarl perlu menjalani pembedahan itu dengan segera berikutan keadaannya yang semakin serius dan sudah terdapat tanda kebiruan pada mulut, tangan dan kaki anaknya itu.
"Doktor yang merawat Qarl memberitahu bahawa pembedahan ini tidak boleh ditangguhkan lagi dan saya risau kerana duit simpanan kami sekarang hanya sekitar RM1,000 hingga RM2,000 sahaja.
"Buat masa ini saya menunggu panggilan daripada IJN bagi mendapatkan tarikh pembedahan dan dijangka dilakukan sebelum Hari Raya Haji. Walaupun duit simpanan tidak mencukupi pembedahan tetap akan dilakukan.
"Masalah jantung yang dialami Qarl Muhammad mula dikesan ketika berusia 42 hari dan pernah menjalani pembedahan pertama di IJN pada Oktober 2015 bagi membuka saluran pernafasan diikuti pembedahan kali kedua pada 2 Ogos lalu," katanya ditemui di rumahnya di Indera Mahkota, di sini, hari ini.
Norlida yang bekerja sebagai pembantu tadbir di Pejabat Tanah dan Daerah ini dengan pendapatan kira-kira RM900 manakala suami, Abdul Hafiz Mohd Asri, 24, bekerja sebagai buruh dengan pendapatan sekitar RM850 sebulan.
Pasangan itu mempunyai dua lagi anak, Muhammad Idham Shahril Hakim, 15, dan Nurul Emilia Natasha Shahril Hakim, 13, yang masih bersekolah.
Orang ramai boleh menyalurkan bantuan bagi membantu keluarga Norlida menerusi akuan Bank Rakyat milik Norlida, 221131136782 atau akuan Maybank 156012393383 atas nama Abdul Hafiz.
No comments:
Write comments