Lek Lu

Friday, 2 September 2016

Jarum Paling Tua Di Dunia Berusia 50,000 Tahun Ditemui

jarum

Saintis dari Rusia telah menemui sebatang jarum di dalam Gua Denisova, Siberia yang berusia lebih 50,000 tahun ketika mereka melakukan kerja-kerja penggalian.

Jarum itu diperbuat daripada tulang burung purba dan kumpulan saintis itu yakin jarum itu dicipta oleh kumpulan manusia yang dikenali sebagai Denisova.

gua

Profesor Mikhail Shunkov, ketua Institut Arkeologi dan Etnografi di Novosibirsk, mengatakan “Ini merupakan penemuan yang sangat unik dan hebat”.

Jarum ini terbukti sempurna kerana lengkap dengan lubang benang.Ianya juga membuktikan bahawa peradaban pada zaman manusia purba Denisovans itu sudah lebih maju dari yang dianggarkan.

Jarum itu berukuran 3 inci atau 7.6 cm dan yang paling terpanjang pernah ditemui di Gua Denisova. Gua Denisova sudah berusia lebih daripada 280,000 tahun dan pernah dihuni oleh kumpulan manusia seperti Homo Sapiens, Neanderthals dan Denisovans.

jarum2

No comments:
Write comments