Lek Lu

Sunday, 4 September 2016

Ibu Ini Terkejut Apabila Membuka Lampin Pakai Buang Bayi yang Dibelinya, Ia Menemui NOTA Ini.

Seorang ibu bernama Nicole Perez dari Brighton, Michigan, Amerika Syarikat terkejut apabila mendapat sesuatu di dalam bungkusan lampin yang dibelinya di sebuah minimarket.


Ibu muda tersebut menemui sehelai kertas yang terdapat tulisan, "Help Me: plz". Bukan itu saja, kertas tersebut juga menyenaraikan nombor telefon, sebuah nama "May Ann", serta lokasi bertulis "From Phillipines".


"Saya agak terkejut semasa menemui nota itu," kata Perez kepada stesen berita tempatan.

Tertanya-tanya akan kertas tersebut, Perez lantas membuat mencari syarikat itu di Internet. Hasilnya ditemui, syarikat itu berpusat di New York, dan tertulis presiden mereka bernama Irwin Mizrahi.


Menurut Perez, orang yang menyelitkan tulisan di dalam bungkusan lampin itu seperti memberi isyarat meminta tolong. Mereka mungkin berasal dari orang awam yang dipaksa menjadi pekerja di kilang-kilang atau kem-kem.
Di stesen berita, Perez mengaku akan mencari di mana kilang produk itu berasal.

"Anda bertanya-tanya apakah ini kerja paksa, mungkin juga mereka bekerja berjam-jam tanpa henti," katanya.

Sementara itu, Presiden Filipina Amerika Community Center of Michigan, Rebecca Tungol, mendedahkan bahawa nombor itu mungkin pra-bayar dan tak dapat dikesan.

Apa yang anda fikir?

No comments:
Write comments