Lek Lu

Tuesday, 12 April 2016

8 Tips Untuk Periksa Masalah Brake System Kereta Anda

Sebuah kereta tak kiralah samaada mahal atau murah mempunyai pelbagai kompenen dan sistem yang perlu djaga dan diperiksa selalu. Antara yang terpeting ialah sistem brake kenderaan anda.

17

Brake kereta akan lebih tahan lama jika anda tidak kerap gunakannya, maksudnya tak selalu emergency brake dengan jaga jarak pemanduan. Macam minyak kereta juga, kalau tak selalu ram enjin kereta, maka minyak akan lebih jimat.

Jadi, macam mana nak periksa sistem brake kenderaan? Mana mana nak tahu kalau brake pad dah haus? Macam mana nak tahu tahap minyak brake?

Tak perlu jadi mekanik pun untuk periksa. Cukup anda tahu bagaiman kereta bagi hint kepada anda tentang masalah ini. Jom! sama-sama kita lihat apakah petanda-petanda itu:

1. Periksa takat minyak brake dalam tabung yang anda boleh lihat dalam bonet depan kereta, bersebelahan dengan enjin kereta.Pastikan sukatan antara minimum dan maximum. sekiranya waktu anda tambah minyak brake tertumpah, segera lap kerana sifat minyak brake yang menghakis. Servis minyak brake sepatutnya adalah setiap 40 000km.

htup_0807_12_z+honda_brake_bleeding_tutorial_pictures+brake_master_cylinder

2. Apabila anda tekan brake tetapi rasa seperti tak mencengkam atau kurang cengkaman, itu menandakan brake pad dah habis.

3. Lain pula kalau anda tekan brake tetapi rasa kosong dan cepat sahaja sampai ke lantai, itu menandakan berkemungkinan minyak brake bocor di salurannya atau di brake pump.

4. Lampu amaran handbrake masih menyala walaupun anda dah turunkan handbrake menandakan ada masalah dengan sistem brake anda.

Lampu Indikator Rem

5. Selain itu, kalau anda tekan brake terasa keras dan kereta lambat berhenti, itu menandakan brake servo telah rosak dan perlu ditukar.

6. Pernah tak rasa kereta macam berat sahaja nak pergi? Kalau pernah rasa, berkemungkinan ada masalah dengan brake cylinder anda.

7. Brake pada yang dah habis biasanya akan mengeluarkan bunyi ketika kereta bergerak atau ketika anda hendak berhentikan kereta disebabkan besi begesel dengan permukaan besi lain.

8. cuba pegang disc brake dengan jari anda. Kalau anda rasa permukaannya banyak calar, itu menandakan brake pad anda dah sangat haus atau memang dah habis.

ag_diskbrake1

Jangan abaikan tips ini untuk keselamatan anda ketika memandu!

 

The post 8 Tips Untuk Periksa Masalah Brake System Kereta Anda appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

No comments:
Write comments