Lek Lu

Saturday, 30 April 2016

Lelaki Ni Serik Asyik Kena Kelentong Dengan Rakyat Malaysia Sendiri Di UK

10169459_10202757307467945_3460956087105959947_n

Sumber: FB Irwan Dahnil. Oleh: Aimi Nordin

Bukan mudah untuk hidup di negara orang apatah nak mulakan bisnes di sana. Tapi bila dah terlalu lama berada di sesuatu negara lama kelamaan sikap dan perangai kita akan berubah mengikut gaya hidup di sana contohnya cara disiplin kita bawa kereta, cara kita jaga kebersihan dan sebagainya.

Namun, bagi lelaki bernama Irwan Dahnil ni akibat terlalu baik seperti masyarakat di UK, dia kerap ditipu rakyat Malaysia sendiri di sana.

Kau tahu.
Di UK ‘agreement’ cukup dengan janji mulut sahaja. Kalau kau sakit, cakap mulut je pada majikan kau tak boleh datang ofis. Email pun boleh. Tak payah MC.
.
Kalau kau beli baju, ko dah pakai tapi lepas tu rasa tak suka. Baju boleh pulangkan, ganti lain atau minta semula duit. Money back guarantee. Diorg tak banyak songeh. Siap minta maaf lagi sebab barang tak sesuai.
.
Senang cakap, apa yang dia janji itulah yang dia buat. Tak payah susah agreement, surat akuan sebagainya. Integriti tinggi.Mereka hargai orang yang berpegang pada kata. Kata-kata itu satu janji. Boleh dipegang.
.
Tapi kau tahu.
Ada juga orang Malaysia datang sini yang buat perangai kurang adab.
.
Ada Malaysian datang London beli backpack. Lepas 2 minggu pakai sebelum terbang balik KL, singgah kedai tu pulangkan backpack kata tak sesuai. Dapat pakai backpack baru free, duit pun dapat balik.
.
Kat sini beli iPhone kontrak 2 tahun tak payah bayar deposit. Dapat iphone cabut balik Malaysia. Dapat phone free.
.
Dan hari ini tetamu yang berjanji nak datang ke homestay aku, tak jadi datang. Selepas berjanji beriya, tak muncul. Hubungi tak dapat, reply pun tidak. Haram nak bagitau tak jadi datang.
.
Aku rasa kena game dengan Malaysian kat UK. Ironi, aku kena kelentong bukan dengan orang UK. Aku kena dengan orang Malaysia sendiri sebab aku bersikap budiman seperti orang di UK.
.
Aku yang silap. Aku lupa. Malaysian ni ‘unik’. Kalau di UK, orang tak langgar kau, tapi orang minta maaf. Kat Malaysia, dia langgar tapi kau pulak kena marah. Siap kena jeling sampai tembus badan. Ini sebab aku ‘sayang’ Malaysia ketat-ketat. Sinikal.
.
Bukan semua Malaysian macam ni. Tapi korang pernah tak jumpa Malaysian kat luar negara buat macam ni ? Malu ah. Abuse system negara orang. Aku nak tampar je tapi hati aku tisu. Doa ajerlah yang mampu.
Catatan oleh Irwan Dahnil
Si muka ketat tapi menawan
Glasgow, Scotland

VIDEO NGERI LELAKI TERHENTAK KEPALA DI TEPI KOLAM MASI HIDUP


ADUH… kita yang melihat pun rasa sakit, apatah lagi tuan empunya badan.

Sebuah video yang memaparkan aksi seorang lelaki dan rakannya membuat aksi ‘suplex’ di tepi kolam renang kini tersebar menjadi viral di media sosial.

Video tersebut mencetuskan rasa ngeri ramai dek kerana kepala lelaki tersebut terhentak kuat pada bucu kolam renang ketika mengangkat rakannya sebelum masing-masing terjatuh dalam kolam.

Tambah simpati, video yang diviralkan oleh seorang netizen Clement Tan menerusi laman Facebook itu mendakwa lelaki malang berkenaan mati serta-merta ditempat kejadian.

Bagaimanapun, dakwaan Clement rupa-rupa adalah palsu semata-mata kerana sebenarnya lelaki itu masih hidup.

Hal itu dibongkar setelah seorang pengguna bernama Richie Bustos memuat naik video yang asal dengan durasi yang lebih panjang.

Dalam video itu, lelaki tersebut dilihat kembali berdiri seperti biasa di dalam kolam.

Jadi, terungkai sudah persoalan bahawa dalam kejadian tersebut tiada sesiapa yang meninggal dunia. – SUMBER
 

VIDEO LELAKI MENGAKU DIRINYA ALIEN, UGUT AKAN MUSNAHKAN BUMI JIKA DISAMAN JADI VIRAL


ZHEJIANG, CHINA: Seorang lelaki yang ditahan polis kerana melakukan kesalahan jalan raya telah menarik perhatian orang ramai melalui penyebaran video apabila dia dikatakan menggunakan alasan tidak masuk akal untuk mengelakkan dirinya disaman.

Lelaki tersebut telah ditahan oleh pihak polis kerana mempunyai 27 kesalahan lalu lintas yang belum dijelaskan.

Bagaimanapun lelaki berkenaan telah mengugut pihak polis dengan memberitahu yang dia adalah makhluk asing dan mengancam akan menghancurkan bumi sekiranya dia disaman.

Kejadian berkenaan telah dirakam oleh anggota polis dan menjadi viral di laman internet China.

“Anda mempunyai peraturan anda. Begitu juga kami di Bima Sakti ini. Saya dari kerabat diraja. Sekiranya anda melepaskan saya pergi, saya akan melupakan insiden ini.

“Tapi sekiranya anda bertegas juga, saya tidak akan teragak-agak menghancurkan bumi ini. Keluarga saya merupakan yang terbesar di galaksi ini dan tiada sesiapa pun yang berani mengganggu saya,” kata pemuda itu.

Beliau bagaimanapun tiak menyatakan dari galaksi Bima Sakti mana dia datang.

Apa yang melucukan pihak polis bertanya kepada lelaki berkenan kenapa tidak menaiki ‘pesawat’ sebaliknya hanya menggunakan kereta.

“Saya tidak terbang menggunakan pesawat, saya memandu FUA….erm.. maksud saya UFO,” jelas lelaki tersebut.

Friday, 29 April 2016

ALIZA KIM TINGGALKAN ARAK DAN GLAMOUR DEMI ISLAM


“SETELAH menemui Islam, saya tinggalkan semua kehidupan masa lampau untuk taat pada Allah,” kata Aliza Kim.

Pengacara musim kedua Into Taqwa #PenghijrahanFenomena berusia 27 tahun ini, turut meninggalkan kerja modelling yang telah mengangkat namanya di United Kingdom.

Sekali pun pernah dikenali sebagai gadis Seventeen Magazine, Maxim, LIPS LUXE, Volume, Elle, Cleo, T3, Health & Beauty, Female, Hair 4 You 4 Me, Natural Beauty dan FHM, Aliza tidak keberatan meninggalkan dunia glamor demi mendekatkan diri pada Islam dan Allah.

“Malah saya tidak menyesal turut meninggalkan dunia lakonan,” katanya.

Aliza Kim lahir sebagai anak tunggal seorang paderi Katolik. Berdarah kacukan Siam Cina, sebagai anak tunggal dia sentiasa menikmati sokongan keluarga termasuk keputusannya memilih Islam sebagai jalan hidup menuju akhirat.

“Keluarga menyokong penuh dan bersikap positif,” katanya.

Aliza yang berkelulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Colorado, Amerika Syarikat nekad melafazkan syahadah pada 2011.

Sebagai muslim, Aliza meninggalkan semua perkara yang menjadi kegemaran ketika masih hidup dalam dunia glamor.

“Saya tinggalkan arak kerana mabuk pun sudah tidak berguna lagi,” katanya berlucu.

Mengenai pengaruh yang menguatkan lagi pegangannya kepada Islam, Aliza memberi nama dua ulama tersohor.

“Saya kagum pada syarahan Mufti Menk dan Sheikh Omar Suleiman kerana konsep keprihatinan Islam terhadap masyarakat,” katanya.

Aliza kini menjadi sebahagian wajah TV Al Hijrah dalam destinasi #IslamIsFirstClass #SegalanyaBermulaDiSini yang bakal bersiaran di TV Al Hijrah

VIDEO SMULE 'MEMORI BERKASIH' SITI NORDIANA DAN LELAKI INI JADI PERHATIAN NETIZEN


Satu video karaoke menerusi aplikasi karaoke, Smule, yang memaparkan lagu "Memori Berkasih" dendangan penyanyi, Siti Nordiana dan seorang lelaki mencuri perhatian netizen.

Apa yang mencuri tumpuan adalah suara unik lelaki yang dikenali sebagai Khai Bahar itu yang dikatakan mempunyai suara dan iras-iras arwah Achik Spin.

Sejak video terbabit dimuat naik, ia telah ditonton lebih dari satu juta, lapor Sinar Online.

Seorang pengguna Youtube, Nurjalilah Janudin, menulis : "suara ada iras-iras arwah achik spin la. best. "

"Boleh lah berduet dalam album Nana selepas ni. Amat sesuai sekali, semoga bro Khai menjadi artis popular satu hari nanti.," tulis Mohd Amir Alias.

Memetik MH Online, Khai Bahar berasal dari Perlis dan turut berduet dengan penyanyi lain seperti Eka Shariff AF9. 

"BELI TELEFON ONLINE, DAPAT KOTAK KOSONG JE ?"


26 April 2016, semasa berada di pejabat, saya telah melayari laman Directd Retail and Wholesale Sdn Bhd secara online untuk membeli telefon bimbit jenis Lenovo K3 Note Yellow, bersama dengan tempered glass yang berharga RM468.90, termasuk pos.

Saya telah membuat pembayaran secara online melalui Maybank2u ke atas nombor akaun syarikat berkenaan. Sya dimaklumkan melalui e-mel bahawa barang yang dipesan oleh saya itu akan dipos pada 27 April 2016. Tracking number juga telah diberikan pada saya untuk menyemak status penghantaran.


Pada 29 April 2016, jam 10 pagi di pejabat, barang tersebut telah sampai di meja saya dimana saya dimaklumkan barang tersebut telah dihantar oleh pekerja Pos Laju.

Dari segi luaran dan dalaman bungkusan tersebut, ia masih kelihatan elok dan tidak terusik. Bagaimanapun, bila saya membuka bungkusan itu, saya mendapati telefon dan pengecasnya telah tiada.

Saya memaklumkan perkara ini kepada pihak penjual dan mereka memberikan saya video rakaman CCTV sebagai bukti bahawa memang ada pekerjanya yang membungkus telefon itu berserta dengan beberapa 'free gift' di dalam bungkusan tersebut.

Malangnya, yang diterima oleh saya hanyalah tempered glass dan kotak kosong.



Berat barang yang ditulis pada parcel ialah 0.46 bermaksud 460 gram. Tetapi bila saya bawa ke pejabat pos Putrajaya, berat yang diterima hanya 0.20 yang bermaksud 200 gram sahaja. 260 gram hilang ke mana?

Pengirim hantar barang di Pejabat Pos Brickfield dan selepas ditimbang, catat 0.46 gram. Jadi boleh teka bukan dari side pengirim. - Abby

"AKU KENA 'GAME' DENGAN MALAYSIAN DI UK...."


Kau tahu, di UK 'agreement' cukup dengan janji mulut sahaja. Kalau kau sakit, cakap mulut saja pada majikan kau tak boleh datang office. Email pun boleh, tak payah guna surat MC.

Kalau kau beli baju, kau dah pakai tetapi selepas itu rasa tak suka. Baju boleh dipulangkan dan diganti dengan yang lain atau minta duit dikembalikan. Money back guarantee. Mereka tak banyak songeh, siap minta maaf lagi sebab barang tak sesuai.

Senang cakap, apa yang mereka janjikan, itulah yang mereka akan buat. Tak payah susah buat agreement, surat akuan dan sebagainya. Integriti tinggi, mereka hargai orang yang berpegang pada kata-kata. Kata-kata itu adalah satu janji, boleh dipegang.

Tapi kau tahu, ada juga orang Malaysia yang datang sini buat perangai kurang adab. Datang London beli backpack. Selepas dua minggu pakai, sebelum terbang balik ke Kuala Lumpur, singgah kedai itu dan pulangkan balik backpack. Kata tak sesuai. Dapat pakai backpack baru secara percuma, duit pun dapat balik.

Di sini, beli iPhone kontrak 2 tahun tak payah bayar deposit. Dapat iPhone terus cabut balik Malaysia. Dapat iPhone free.

Dan hari ini, tetamu yang berjanji nak datang ke homestay aku, tak jadi datang. Selepas beria-ria berjanji, akhirnya tak muncul. Cuba hubungi mereka, tak dapat. Reply mesej pun tidak. Maklumkan tak jadi datang pun langsung tidak.

Aku rasa kena game dengan Malaysian di UK. Ironinya, aku kena kelentong bukan dengan orang UK, tetapi orang Malaysia sendiri sebab aku bersikap budiman seperti orang di UK.

Aku yang tersilap dan terlupa bahawa Malaysian ini 'unik'. Kalau di UK, orang tak langgar kau tapi orang minta maaf. Di Malaysia, dia langgar tapi kau pula yang kena marah. Siap kena jeling sampai tembus badan. Inilah sebab aku 'sayang' Malaysia ketat-ketat. SInikal.

Bukan semua Malaysian seperti ini. Tapi kau orang pernah tak jumpa Malaysian di luar negara buat perangai seperti ini? Malu ah. Abuse sistem negara orang. Aku rasa nak tampar saja tetapi aku berhati tisu. Doa sajalah yang aku mampu. - Irwan Dahnil, Glasgow, Scotland