Dek kerana marah dan kecewa dengan sikap anaknya yang suka membuli pelajar lain, seorang ibu telah bertindak mencukur rambut anaknya.
Sebagai hukuman kerana kerap membuli rakan sekelas yang menghidap penyakit kanser si ibu tanpa rasa kesian menghukum anaknya itu. Biarpun anaknya meraung mengharapkan agar si ibu berhenti dari terus mencukur rambutnya, namun usahanya sia-sia.
Meskipun tindakan si ibu kelihatan sangat kejam namun ianya mungkin satu cara yang efektif agar anaknya tidak lagi membuli orang lain. Apa pendapat anda?
Semua orang mempunyai perasaan, jadi berhentilah dari menyakiti orang lain. Kami harap video ini dapat dijadikan pengajaran buat semua.
Sumber: Daily Mail
No comments:
Write comments