
Satu  ketika dulu, jarang mendengar orang sekeliling menghidap penyakit  kanser. namun hari ini, penyakit yang digeruni ini semakin dekat dengan  diri kita. Rakan-rakan di sekeliling dan juga ahli keluarga sudah ada  yang disahkan menghidap kanser.
Kerap juga kita mendengar penyakit kanser payudara, kanser rahim,  paru-paru dan sebagainya yang baru disedari oleh mereka rupa-rupanya  sudah berada di tahap kritikal dan tidak boleh dirawat lagi. Menakutkan  tapi inilah yang banyak berlaku.
Memang selalu berlaku penghidap kanser hanya menyedari diri menghidap  kanser apabila penyakitnya sudah berada pada tahap akhir. Pengesanan  pada tahap kritikal ini amatlah lewat
. 
Sakit Biasa Mungkin Kanser
Sebenarnya pada peringkat awal kanser menyerang tubuh, tanda-tanda  penyakit ini sudah ada tetapi kita sering memgendahkannya. Kita  mengandaikan tanda-tanda itu suma sakit biasa sahaja.
Berikut adalah tanda-tanda amaran kanser yang perlu diambil perhatian.
1. Sakit perut atau senak perut. Salah satu tanda-tanda awal penyakit  kanser kolon ialah berulang kali mendapat atau mengalami sakit perut  tanpa sebab. 
2. Sakit seperti sesuatu menusuk masuk ke pankreas mungkin tanda kanser pankreas  
3. Perut kejang dan sakit perut berterusan. Petanda kepada kanser  hati, mungkin juga leukemia kerana pada ketika ini, limpa sedang  dibesarkan, menekan sebelah kiri perut yang sedikit rendah. 
4. “Asid Perut” kronik atau rasa perut penuh selepas makan yang  sedikit. Tanda awal yang paling lazim untuk kanser perut adalah  kesakitan di bahagian abdomen atas atau pertengahan perut. Anda merasa  bagaikan perut anda dipenuhi gas dan selalu rasa pedih hulu hati. Ia  mungkin terjadi selepas anda makan dan rasa kenyang biarpun anda baru  makan sedikit sahaja. Oleh kerana rasa sakit ini boleh dihilangkan jika  anda makan ubat mengandungi antasid, anda mungkin mengabaikan sahaja  kesakitan itu. 
5. Kehilangan berat badan. Anda seorang yang tidak aktif tetapi jika  berat badan anda turun tanpa dapat dijelaskan. Ketahuilah bahawa ini  adalah petanda awal kanser kolon.    
6. Jaundis atau demam kuning. Barah pankreas, satu lagi salah satu  ‘pembunuh senyap’ sering ditemui apabila seseorang menghidap jaundis.  Jaundis adalah kuning kulit atau kuning kornea mata tetapi air kencing  menjadi lebih gelap daripada biasa yang bukan disebabkan dehidrasi,  najis berwarna merah tanah liat malah penyakit kuning juga boleh  menyebabkan kegatalan akibat garam hempedu yang terlepas memasuki aliran  darah.    
7. Berdehit atau sesak nafas. Sesak nafas, sakit dada atau darah  keluar bersama air ludah adalah tanda-tanda kanser testis yang sudah  merebak ke paru-paru.  
8. Batuk yang kronik atau sakit dada. Beberapa jenis kanser, termasuk  tumor, leukemia dan kanser paru-paru boleh menyebabkan gejala yang  meniru batuk atau bronkitis yang teruk.  
9. Kerap demam atau terkena jangkitan. Ini boleh menjadi tanda-tanda  leukemia, kanser sel darah yang bermula dalam sum-sum tulang. Leukemia  menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih yang tidak  normal yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya  tahan atau keupayaan melawan jangkitan kuman. 
10. Kesukaran menelan. Ia sering dikaitkan dengan kanser esophageal  atau tekak. Kesukaran menelan kadang-kadang salah satu daripada  tanda-tanda awal kanser paru-paru juga. 
11. Bengkak muka. Sesetengah pesakit kanser paru-paru mengalami  keadaan bengkak atau kemerahan di muka. Ini terjadi kerana sel tumor  kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir  dengan bebas daripada kepala dan muka. 
12. Nodus limfa yang bengkak di kawasan-kawasan lehar, ketiak atau  pangkal paha (ketulan). Pembesaran limfa di leher atau ketiak  kadang-kadang ialah tanda tiroid, kanser otak atau kanser tekak. Bengkak  yang tidak menyakitkan pada peher, ketiak atau pangkal paha ialah juga  tanda awal leukemia. 
13. Lebam teruk atau pendarahan yang tidak berhenti. Gejala tidak  normal pada platelet dan sel darah merah boleh menjadi tanda-tanda  leukemia. Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa menggosok gigi dan  lebam di tempat-tempat seperti jari dan tangan. 
14. Sembelit, cirit-birit dan perubahan dalam najis boleh menjadi  tanda-tanda kanser. Seperti dengan banyak gejala lain, cara untuk  memberitahu jika ini adalah perkara yang membimbangkan ialah jika ia  berlaku pada lebih daripada beberapa hari tanpa sebab yang jelas seperti  flu atau keracunan makanan.  Mereka yang didiagnosis menghidap kanser  kolon sering memberitahu bahawa mereka lebih kerap membuang air besar  dan masih tidak merasa lawas. Salah satu tanda-tanda awal kanser  pankreas adalah najis berminyak, besar tetapi lebih pucat daripada biasa  dan berbau sangat busuk kerana badan tidak menyerap makanan seperti  sepatutnya.  
15. Sukar membuang air kecil. Tanda-tanda awak kanser prostat ialah  anda tidak boleh kencing walaupun anda berasa hendak kencing. Bila sudah  kencing pula anda susah hendak berhenti. 
16. Masalah ereksi. Sukar mendapat atau mengekalkan ereksi adalah juga tanda anda mnghidap kanser prostat. 
17. Sakit pada pangkal paha, pinggul atau abdomen. Satu tanda lain  kanser prostat ialah lelaki kerap sakit di bahagian pinggang, paha atau  bahagian paling rendah di belakang. Kanser prostat yang telah merebak ke  nodus limfa merupakan ketidakselesaan dalam pelvis atau bengkak di  kaki.  
18. Sakit belakang yang tidak diketahui puncanya. Sakit belakang  boleh bermakna segala macam perkara. Sakit belakang pinggang dan lebih  rendah boleh menjadi tanda kanser prostat, manakala kesakitan di  bahagian belakang atas tanda kanser paru-paru. Sakit di bahagian abdomen  atas dan belakang dalah salah satu daripada beberapa tanda-tanda awal  kanser pankreas. 
19. Kanser kulit merujuk kepada kesakitan kulit atau kulit yang tidak  sembuh, menjadi berkerak atau berdarah dengan mudah. Kebanyakan kita  tahu bahawa tahi lalat mungkin menunjukkan anda ada kanser kulit tapi  cari juga tanda-tanda lain seperti ketulan kecil yang berlilin atau  sisik kering.  Biasakan diri anda dengan pelbagai jenis kanser kulit –  melanoma, sel basal karsinoma dan karsinoma sel skuamus dan periksa  kulit dengan teliti di seluruh tubuh untuk mengesan pertumbuhan yang  kelihatan ganjil atau bintik. 
20. Perubahan pada kuku. Perubahan yang tidak dapat dijelaskan pada  kuku boleh manjadi tanda beberapa jenis kanser. Coretan coklat atau  hitam atau titik di bawah kuku boleh menunjukkan kanser kulit. Jika ada  pembesaran hujung jari, dengan bahagian hujung kuku melengkung ke bawah  boleh menjadi tanda kanser paru-paru
                          
Sumber: takbacarugi
Saturday, 1 October 2016
Mohon Bantu Share Ya Inilah 20 Tandatanda Awal Kanser Menyerang Ketahui Sebelum Terlambat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Write comments