Oleh Feyra Nasrom Sumber CARI
Rupa-rupanya, susu bukan sahaja boleh diminum atau digunakan dalam masakan, kalau korang nak tahu, susu juga boleh diaplikasikan pada rambut untuk kelihatan sihat dan bersinar.
Menurut stylist Richard Marin, susu dikatakan sangat berkesan pada rambut dan hasilnya akan menjadikan rambut nampak lebih berkilau.
Untuk meluruskan rambut, korang boleh campur susu dengan strawberry dan madu. Hasilnya memang meletop! Rambut korang akan lebih terjaga rapi dan lembut.
Selain menyihatkan rambut, susu membantu masalah pengelupasan kulit kepala disamping membenarkan rambut tumbuh dengan lebat.
No comments:
Write comments