Lek Lu

Wednesday, 3 August 2016

Maut Selepas Kena Prank, Lelaki Ini Tak Muncul-Muncul Selepas Di Tolak Dari Bot

1_23

Sumber: Daily Mail Oleh: Aimi Nordin

Prank ni nampak macam seronok sebab boleh kenakan orang. Tapi bila jadi benda yang kita tak sangka masa tu baru nak nangis ke nak tergelak.

Itulah kejadian yang terjadi kepada seorang pengurus firma pelaburan Nishanthan Gnanathas,33 dari United Kingdom yang disyaki maut selepas ditolak oleh rakan-rakannya dari sebuah boat ketika bercuti di Portugal.

Terkejut dia tak muncul-muncul, dua orang rakannya terjun dan cuba mencarinya namun gagal.

Segala usaha termasuk menggunakan helikopter namun tidak berjaya.

“Saya pasti mereka yang terlibat dalam prank tersebut akan ingat saat mengerikan ini,” kata Malaquais.

Walaupun ditolak rakan-rakannya, keluarga lelaki berkenaan enggan menyalahkan mereka kerana tahu niat mereka untuk bergurau.
4_23

5_22

Petua Semulajadi Untuk Menghilangkan Asma

Melakukan beberapa perubahan kecil dalam rutin kehidupan harian boleh mengurangkan simptom asma. Sebab sebenar serangan asma ini adalah masih belum diketahui tapi ia boleh juga disebabkan oleh alahan, pencemaran udara, jangkitan paru-paru, emosi, perubahan cuaca an sesetengah jenis makanan yang diambil.

Walaupun terdapat pelbagai jenis rawatan untuk asma pada zaman serba canggih ini, kita boleh juga mencuba beberapa rawatan tradisional yang dikatakan boleh membantu merawat asma secara semulajadi tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak.

Kebanyakan rawatan secara semulajadi dikatakan berkesan untuk menangani gejala asma dan sekurang-kurangnya dapat membantu untuk mengelakkan ia merebak dan menjadi lebih buruk.

Diet juga penting dalam membantu menangani gejala asma secara berkesan kerana  sesetengah makanan mempunyai zat-zat dan vitamin yang membantu melegakan pengudaraan dalam sistem pernafasan.

Namun rawatan-rawatan ini semuanya hanya membantu mengurangkan dan masih tidak dapat untuk menghilangkan asma secara terus

.

 

1. Halia

halia

Merupakan salah satu antara rawatan asma secara semulajadi yang cukup popular di kalangan orang ramai. Kajian mendapati penggunaan halia boleh membantu mengurangkan radang pada pengudaraan di paru-paru dan mengelakkan penyempitan ruang udara.

Halia tersebut boleh dijadikan jus dengan campuran buah delima dan madu ataupun dimakan mentah bersama dengan garam.

 

2. Bawang Putih

bawang putih

Dikatakan boleh membantu untuk melegakan rongga di dalam paru-paru yang tersumbat. Mujarab sekali jika serangan tersebut adalah pada peringkat awal.

Cuma didihkan dua ke tiga helai daun dalam satu suku cawan susu dan kemudian biarkan ramuan tersebut menyejuk pada suhu bilik sebelum meminumnya.

 

3. Kopi

kopi

Kadar kafein di dalam kopi biasa dapat membantu untuk mengawal serangan asma kerana kebolehannya bertindak sebagai ‘bronchodilator’.

Kopi panas boleh membantu meredakan dan melegakan pengudaraan yang membantu anda untuk bernafas dengan lebih baik. Lebih pekat kopi tersebut, lebih baik nanti hasilnya. Tapi tidak digalakkan untuk mengambil lebih dari 3 cawan kopi dalam sehari.

Jika anda bukanlah penggemar kopi, anda juga boleh beralih pada teh yang pekat. Namun jangan amalkan kopi sebagai rawatan kebiasaan.

 

4. Minyak Eucalyptus

minyak eukaliptus

Pasti anda semua tidak tahu bahawa minyak dari tumbuhan Eucalyptus yang tulen ini boleh menjadi antara rawatan asma yang paling berkesan. Minyak yang dihasilkan dari tumbuhan tersebut mempunyai bahan yang boleh mengurangkan rasa tersumbat pada rongga-rongga pernafasan. Ia juga berkesan untuk mencairkan kahak.

 

5. Madu

madu

Jika anda sedang tercari-cari rawatan semulajadi asma yang paling berkesan, anda patut beralih pada madu. Anda boleh mengambil satu sudu teh madu yang dicampurkan dengan segelas air panas sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sehari.

Atau anda juga boleh menghidu bau madu tersebut untuk melegakan pernafasan anda yang tersumbat. Lakukan setiap kali sebelum masuk tidur.

The post Petua Semulajadi Untuk Menghilangkan Asma appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

Tanda-Tanda Awal Gearbox Rosak Dan Ini Cara Pencegahannya

petanda-gearbox-kereta-nak-rosak

Oleh Feyra Nasrom Sumber OMM

Kalau kerosakan kereta yang melibatkan gearbox ni memang berhabis duit la jawabnya. Sekiranya gear dah jadi tak terkawal dan bertukar dengan sendiri itu tandanya gearbox anda bermasalah besar!  Bukan untuk kereta auto sahaja, perkara ini juga terjadi pada kereta manual. Buat pengguna kenderaan, sila ambil perhatian.

Untuk langkah keselamatan, kereta haruslah diselenggara dengan baik. Jangan ambil mudah, pandai guna, pandai jaga. Nak tahu apa tanda-tanda awal gearbox kereta anda bermasalah? Sesiapa yang bawa kereta auto, ini merupakan tanda-tanda awal:

1. Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)

2. Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D)

3.  Terdapat ‘freeplay’ (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4

4. Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku

5. RPM yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar

6. Berbunyi hentakan seperti ‘DUK’ setiap kali gear auto bertukar

7. Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.

Kesemua tanda ini merupakan tanda-tanda awal, sekiranya anda biarkan dan tidak ambil tindakan, kerosakan akan lebih teruk dan kos untuk membaiki sangat tinggi. Nak tahu cara nak baiki dengan senang dan kos yang rendah?

Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter

1. Tukar minyak auto

2. Tukar mounting gearbox

3. Tukar pin pada panel gear

4. Tukar kedua-dua oil seal gearbox

Untuk pengguna kereta manual, anda hanya perlu tukar minyak gear, mounting dan kabel gear.

Kat Mana Tempat Yang Sesuai Untuk Simpan Ubat?

generic-classic-medicine-tablet-500x500-1

Selain dari pengambilan ubat yang betul, cara penyimpanan ubat juga sangat penting sebabnya ia dapat memastikan kualiti serta keselamatan ubat terjamin.

Baca ni:

TERDAPAT DUA CARA UNTUK SIMPAN UBAT
Screen Shot 2016-08-03 at 2.56.57 PM

KESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN TANPA KITA SEDARI
Screen Shot 2016-08-03 at 3.53.09 PM

AMALAN YANG PERLU ANDA ELAKKAN SEMASA SIMPAN UBAT

Screen Shot 2016-08-03 at 3.30.08 PM

CARA SIMPAN UBAT YANG BETUL

Screen Shot 2016-08-03 at 4.01.44 PM

JANGAN BUANG KERTAS INFO YANG TERDAPAT DALAM KOTAK UBAT!

Screen Shot 2016-08-03 at 3.36.52 PM

SIMPAN UBAT ANDA DI TEMPAT YANG SEPATUTNYA BAGI MENGELAKKAN UBAT TERSEBUT ROSAK.
Screen Shot 2016-08-03 at 3.52.39 PM
Sumber: FB Medical Mythbusters Malaysia

 

Tuesday, 2 August 2016

Cara Mudah Nak cuci Aircond Kereta, Ikut 7 Langkah Ini

picmonkey-collage

Oleh Ezaura Rafe Sumber FB malaysia online

Selalunya kita akan upah orang cuci aircond, tak pun kita bawa pergi kedai untuk service aircond. Tapi kali ni dah ada cara-cara nak cuci aircond sendiri. Tak perlu bayar mahal-mahal untuk cuci aircond, kini anda boleh buat sendiri dengan mudah. Boleh cuba ikut step kat bawah ni ya..

Step 1 : Buka laci di bahagian dashboard
Step 2 : Tarik dan tanggalkan laci sepenuhnya
Step 3 : Buka skru yang ditanda di dalam gambar
Step 4 : Tanggalkan cover putih dalam bulatan (seperti dalam gambar)
Step 5 : Sambung cabut skru
Step 6 : Tanggalkan blower ke bawah & caover bahagian bawah dengan plastik sebelum proses mencuci.
Step 7 : Basuh habuk guna berus halus & keringkan di bawah matahari sebelum pasang kembali mengikut step2 yang diberikan.

screen-shot-2016-07-29-at-3-53-17-pm screen-shot-2016-07-29-at-3-53-24-pm screen-shot-2016-07-29-at-3-53-29-pm screen-shot-2016-07-29-at-3-53-35-pm screen-shot-2016-07-29-at-3-53-41-pm screen-shot-2016-07-29-at-3-53-47-pm screen-shot-2016-07-29-at-3-53-54-pm screen-shot-2016-07-29-at-3-54-01-pm screen-shot-2016-07-29-at-3-54-08-pm screen-shot-2016-07-29-at-3-54-15-pm

Jepun Hasilkan Bawang Yang Takkan Buat Mata Anda Pedih

rewrwe43545dsf43

Teknologi di Jepun memang canggih. Mereka memang terkenal mereka dari rekabentuk produk, bangunan, automotif sehinggalah makanan. Terbaru, sebuah syarikat makanan Jepun, House Foods Group (HFG) mendakwa mereka telah berjaya menghasilkan bawang yang takkan buat anda menangis ketika menghirisnya.

Smile Ball, bawang pertama di dunia yang terhasil dari kajian yang mereka jalankan.

Setelah menjalankan kajian selama 10 tahun akhirnya HFG berjaya menemui ‘bahan’ yang menyebabkan mata pedih dan mereka juga telah berjaya mengubah sifat enzim yang terdapat di dalam bawang itu.

Sejenis bahan formula akan dilepaskan ke udara ketika bawang itu dihiris untuk menghalang penghasilan air mata.

Bahan formula yang disemburkan ke udara itu tidak akan mengubah rasa serta khasiat yang terdapat di dalam bawang tersebut.

Buat masa ini, Smile Ball hanya dipasarkan di sekitar Tokyo dan atas talian. Harga bawang ini juga dikatakan dijual dua kali ganda berbanding bawang biasa.

Sumber: mynewshub

Kombinasi Buah-Buahan Dan Susu, Apa Mudaratnya?

Kita tentu pernah melihat kebanyakan iklan di kaca televisyen di mana mereka menggalakkan kita untuk mencampurkan buah-buahan seperti strawberi dan kiwi ke dalam sajian bijirin sarapan.

Kita sudah sedia maklum bahawa bijirin selalu dicampurkan ke dalam susu kerana kita sudah terbiasa dengan cara tersebut. Namun bagaimana pula kisahnya dengan mencampurkan buah-buahan ke dalam sajian sarapan kita?

Adakah sebarang peraturan yang perlu diikuti dan adakah tabiat tersebut benar-benar sihat untuk diamalkan.

Namun sebelum kita bincang dengan  lebih banyak lagi mengenai keburukan ataupun kebaikan tabiat tersebut, biar kita jawab dahulu satu soalan.

Apakah yang akan terjadi apabila anda masukkan buah limau ke dalam susu? Tentu ia akan memberikan suatu tindakbalas yang menjadikan susu itu mengental dan kemudian seakan cepat basi.

Ini kerana tahap masam di dalam limau tersebut akan memberikan kesan pada kualiti susu tersebut dan mengubah keadaan susu tersebut.

banana smoothie

Oleh itu, susu hanya lebih sesuai digabungkan dengan buah-buahan yang ranum dan manis sahaja.

Menurut sumber dari Illuminated Health, mangga yang ranum sesuai untuk digabungkan dengan susu dan begitu juga dengan kismis dan buah kurma. Namun tidak bagi semua jenis Beri kerana bila anda mencampurkan Beri tersebut ke dalam susu, ia mungkin tidak pecah secepat mungkin tapi ia akan bertindakbalas apabila berada di dalam perut. Ini boleh mengundang pada masalah penghadaman yang serius.

Bagaimana pula dengan pisang dan susu?

Pisang yang masak ranum sememangnya manis namun ia akan berubah keadaan sebaik sahaja ia dihadam oleh perut anda. Hasilnya ia akan bertukar masam. Oleh sebab itu anda akan berasa berat selepas makan setiap kali anda menjamah pisang sambil minum susu.

Tanda-tanda ini menunjukkan anda sedang menghadapi masalah penghadaman.

Menurut Mind Body Green pula, kombinasi ini terpilih sebagai salah satu kombinasi makanan yang paling memudaratkan jika dijadikan tabiat secara berterusan.

Ini kerana ia boleh bertindakbalas dengan kadar segera dan bertukar menjadi toksin yang berbahaya. Antara mudarat yang boleh dibawa adalah kita akan berasa berat dan malas dan memperlambatkan fungsi otak.

Oleh itu adalah amat digalakkan untuk anda mengambil buah-buahan dan susu secara berasingan untuk menjamin kesihatan sistem penghadaman anda.

Berikan masa sehingga 3 jam sebelum anda mengkonsumi setiap satunya. Amalkan diet yang sihat dan ambil nutrisi seimbang yang dinasihatkan oleh pakar-pakar diet bagi menjamin kesihatan anda pada masa yang akan datang.

The post Kombinasi Buah-Buahan Dan Susu, Apa Mudaratnya? appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.